Saturday 31 December 2011





Lots of people got their best friend.. and i got mine. They were precious to me as i were to them. I hope..






Friday 30 December 2011

Dia yang sayangkan hamba-Nya seringkali memberi hambanya pelbagai dugaan. Sedikit kesusahan, keperitan untuk menguji keteguhan hati seorang insan bernama manusia. Namun, manusia itu sering merungut, tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Dia. Hanya melihat kesusahan di depan mata. Kenapa dan kenapa seorang manusia itu tidak cuba melihat dari sudut yang positif?? Dia memberikan manusia itu sedikit kesusahan supaya manusia itu kembali kepada-Nya. Kembali bersujud dan berdoa kepada-Nya. Mendekatkan diri kepada-Nya. 

Manusia yang leka dengan nikmat dunia. Terkadang manusia itu terlupa akan satu nikmat yang lebih indah iaitu nikmat syurga yang hakiki. Kembali ke jalan yang salah setelah didengari doanya. Ya Allah, manusia itu begitu leka. 
 

"Finding the real meaning of life"