Wednesday 29 August 2012

Bikin aku gile

Lu buat ini macam boleh bikin gua jadi gile la beb

Sebelum apa-apa izinkan aku menyumpah seranah syaitan yang dari tadi berbisik di teling aku supaya sopim.. gigih betol usaha mereka untuk mengalahkan aku sampai aku rasa nak nangis sebab nak shopping kasut pula. walhal baru petang tadi aku kalah sehingga aku terpaksa beli dress yang sangat cantik..tetibe je..
please la wahai syaitan..jangan seksa saya sampai macam ni...

memang ler aku tengah cari kasut walaupun kasut memang da berlambak giler.. alasan sebab nak pakai yang skirt.. kasut lain da ketat n aku nak gi bandung+jogjakarta.. alasan memang langsung tak kukuh tapi nak gak!!!

see.. sape boleh tahan tengok benda macam ni.. boleh bikin gile aku.. ke aku je yang tak tahan??
            
           

semua kasut ni memang aku berkenan giler.. boleh tengok dekat page Lush Serendipity. aku suka usha kasut die walaupun tak penah beli.. penah gak singgah kedai die dekat The Curve.. Bole gile kalau tengok.. 

ciri-ciri kasut yang aku nak ialah tak tinggi (aku macam da tak boleh pakai kasut tinggi sejak aku jatuh tangga last sem degree.. terpeleot mungkin..aku malas nak cek), selesa (sebab aku nak wat gi jogjakarta.. jalan jauh mesti nak kena kasut selesa), tak ikut ibu jari tuh (sebab sekarang pakai stokin..macam hodoh giler kalau pakai kasut yang ikot ibu jari), haruslah sesuai pakai dengan stokin dan paling penting cantik..sila pilih yang kat atas saja..huarghhuarghhuargh.. 


aku suke gile kasut aku beli yang ni.. murah selesa dan cantik... suka sangat!!!.. aku pakai sampai hancur.. 20++ je aku beli dekat TS.. online sampai 50henget.. mencik!! (kasut tu nampak kecik je.. tapi aku tak kesah janji nampak..lalala)



p/s: aku rase macam sumthing wrong je arini sebab aku update status kat fb macam bnyak gile. boleh buat orang menyampah..padahal selama ni tak penah update pon. aku juga update blog sampai 3 post.. tak patut ok!!

barang bundle itu indah


Memandangkan aku prefer barang murah jadi kebanyakan barang aku yakni pakaian  dan beg adalah barang bundle sahaja. frankly speaking dulu aku penah kire baju aku satu almari masa dop kat UKM la... harga keseluruhan tuh tak sampai RM500 pun. What? X payah nak terkejut sangat. aku tak kesah pon pakai barang bundle ni sebab mungkin aku dah diajar dari kecik oleh abang-abang aku yang memang peminat tegar barang bundle. masih ingat lagi tshirt lusuh dan seluar jeans aku sarungkan sewaktu g kelas tuisyen. ye.. nampak sangat tak senonoh untuk seorang perempuan tapi ntahla.. aku di ajar begitu suatu ketika dulu. bila meningkat dewasa aku still dengan baju bundle.. tap yang style pompuan nye la.. aku suke sebab barang die rare, ape yang ko pakai tu orang lain tak de. lama-kelamaan makin ramai aku tengok fashionista bergaya dengan baju bundle. ye.. aku dapat bezakan baju bundle dan tak... kalau pun baju tu bukan baju bundle seharusnya baju tu mahal gile sebab die nak kena jadi vintage style.. vintage style la katakan. haruslah mahal bile dibuat baru balik. terkadang baju yang aku beli tu harganya cuma 2 untuk RM5.. 1 RM5.. dan juga 1 RM10.. jarang sekali aku beli lebih dari harga tu. murah dan berbaloi... erm.. pandang sinis? tak perlu pandang sinis sangat sebab kebanyakan baju bundle tu bukan semuanya terpakai ada je yang baju reject dan sebagainya. Company besar ni bukan boleh salah jahit sikit.. terus buang.. Contohnye UNIQLO.. ye.. uniqlo.. brand yang baru lebih kurang setahun bertapak di Malaysia. yang orang beratur bagai nak gile untuk beli pada hari pertama pembukaannya. 

seingat aku tahun lepas gaya vintage naik giler... berebut-rebut orang nak beli.. macam gile mereka mencari dari butik online... dengan harga yang bagi aku agak mahal.. dapat RM10 pun memang dah kire macam murah giler.. (tersenyum lagi kerana baju-baju itu aku boleh dapat sehingga RM 5 untuk dua helai). kalau pandai pilih... seharusnya kondisi die masih ok. 

tak aku nafikan barang bundle ni ada je yang korang boleh buat lap kaki. abang aku ada satu kedai bundle dekat ngan umah jer. kadang-kadang tolong die asingkan baju yang elok, brand dan sebagainya. tak heran kalau ada baju yang boleh mencapai harga ratusan ringgit.. baju vintage bukan senang nak cari.. 

adeii.. tetibe tak paham kenapa aku tulis benda ni.. aku bukan pakar bundle.. tidak.. ilmu aku tentang bundle kalau diambil peperiksaan masih dapat markah E. lantas tidak layak rasenye aku bercakap lebih tentang bundle.. lalalala

Gile Shopping

aku ni memang dikenali sebagai seorang yang gile shopping + kedekot nak mamposs

sebenarnye sejak amik master ni aku dah jarang-jarang keluar shopping. tak macam degree dulu.. kejap-kejap lesap ke mid, sg. wang, times square.. tempat shopping orang-orang sederhana. time tu tak teringin pon nak ke klcc ke pavi ke.. atau ape-ape tempat yang menjual barang-barang branded semata-mata. masih sedar diri ini tak mampu. dulu adalah sangat best sebab asyik kuar je. Sekarang? nak kuar pon malas dan macam dah tak de masa untuk semua tu.. kan da maced (*gile)

kedekut nak mampos adalah sebab aku ni memang jenis pakai barang murah. biar murah asal cantik. seriesly aku sangat malu kalau beli barang mahal. bukan ape, takut rupenye tak berbaloi dengan harga yakni setaraf dengan pasar malam.. baik beli pasar malam je.. membazir duit i you. aku pula akan jadi malu-malu kucing kalau orang puji barang aku cantik padahal murah je. eh? ye.. memang lagi bangga barang cantik murah dari beli barang mahal tapi ntah ape-ape. gile. tetibe teringat lagu redneck woman

"Redneck Woman"
Well, I ain't never been the Barbie doll type
No, I can't swig that sweet Champagne, I'd rather drink beer all night
In a tavern or in a honky tonk or on a four-wheel drive tailgate
I've got posters on my wall of Skynyrd, Kid and Strait
Some people look down on me, but I don't give a rip
I'll stand barefooted in my own front yard with a baby on my hip
'Cause I'm a redneck woman
I ain't no high class broad
I'm just a product of my raising
I say, 'hey ya'll' and 'yee-haw'
And I keep my Christmas lights on
On my front porch all year long
And I know all the words to every Charlie Daniels song
So here's to all my sisters out there keeping it country
Let me get a big 'hell yeah' from the redneck girls like me, hell yeah
Victoria's Secret, well their stuff's real nice
But I can buy the same damn thing on a Wal-Mart shelf half price
And still look sexy, just as sexy as those models on TV
No, I don't need no designer tag to make my man want me
Well, you might think I'm trashy, a little too hardcore
But in my neck of the woods I'm just the girl next door

I'm a redneck woman
I ain't no high class broad
I'm just a product of my raising
I say, 'hey y'all' and 'yee-haw'
And I keep my Christmas lights on
On my front porch all year long
And I know all the words to every Tanya Tucker song
So here's to all my sisters out there keeping it country
Let me get a big 'hell yeah' from the redneck girls like me, hell yeah
Hey, I'm a redneck woman
And I ain't no high class broad
I'm just a product of my raising
And I say, 'hey y'all' and 'yee-haw'
And I keep my Christmas lights on
On my front porch all year long
And I know all the words to every ol' Bocephus song
So here's to all my sisters out there keeping it country
Let me get a big 'hell yeah' from the redneck girls like me, hell yeah
Hell yeah, hell yeah
Hell yeah
I said hell yeah!


raya aritu aku rase aku sopim banyak giler. beli jubah untuk mak dan akak, baju kurung untuk adik, kek lapis dan macam-macam lagi.. belum campur duit raya dan sebagainya.. adeeiii... duit untuk makan memang da berada tahap kritikal. walaupun macam tu aku tetap untuk gigih sopim lepas raya.. hasilnya.. jengjengjeng...
2 helai skirt plus 2 helai dress..oooww... yeaahhh.. terbukti aku ni memang kaki sopim..



Thursday 16 August 2012

Mood raye sudah tibe

Raye tinggal esok lusa dah tapi aku ni ape pon tak buat lagi
aku tak paham ngan diri sendiri sebab walaupun dan empat ploh empat kali g uptown tetap gak aku balik tanpa beli pape..gilos
tudung zaman sekarang banyak sangat sampai aku tak tau nak pakai tudung ape
try satu singkat, try satu kecik, try satu bulat (eh?)

Raye taun ni balik lambat sebab aku x beli tiket bas
saje nak temankan abang aku balik
kesian dia balik sorang-sorang nanti
da la comfirm jalan jem
nanti sape nak teman die cakap-cakap
(lalala..padahal asal naik kete je tido.. tau2 da sampai umah)
sebab lain aku balik lambat ialah keje ada banyak gile
aku terpaksa siapkan 2 paper
satu paper PERFIK dekat bukit tinggi and satu paper untuk aku pergi Jogjakarta
lepas raye ni jalan je la nampaknye..

Mood raye x timbul pon lagi sebab aku tak brape nak rase tacing walaupun balik lambat
adakah sebab aku sudah maced??? ataupun sebab aku memang malas balik kemas umah??
harap-harapla balik ni semua da ciap..x larat aku nak berjaga semata-mata nak kemas umah...
penat tau...asal malam raye je tak tido.. asal malam raye je tak tido..mencik!







Sunday 12 August 2012

Sensitif

Dalam dunia ni banyak ada isu sensitif yang pada zahirnya korang tak boleh sentuh secara direct. even dalam negara kita sendiri ada isu sensitif yang tak boleh dibangkitkan. Kenapa isu sensitif? Haruslah kerana apabila isu itu disebut ianya akan membangkitkan kemarahan ramai orang dan boleh buat orang tacing-tacing seterusnya akan menimbulkan pergaduhan. paham??

Secara rasminya di Malaysia punya isu sensitif yang kita pun dah faham and tak perlu lah aku nak sebut-sebutkan sebab semua orang pun belajar masa sekolah dulu. Tapi tahukah anda bahawa disamping itu, kalau dikaji-kaji masih terdapat isu sensitif lain yang timbul secara tidak rasmi? Benda-benda ni macam ramai je yang perasan tapi suka buat-buat tak perasan. Jadi masih ramai dan sangat ramai orang yang suka bangkitkan isu sensitif tidak rasmi ini tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Isu sensitif ni boleh timbul dalam diri individu ataupun kumpulan. Contohnya gemuk.. Gemuk adalah isu sensitif yang tak boleh kita sebut dihadapan individu tersebut. Kalau ada yang tak faham sila fahamkan kenapa. Isu terlalu kurus juga boleh jadi satu isu sensitif. Tidak lupa juga isu gaji kecik dan gaji tinggi. Nampak? Nampak ke tak di mana sensitifnya?

Kalau nak disebut secara kumpulan, terlalu banyak isu sensitif yang wujud. Mentaliti manusia ni boleh dipengaruhi dengan sangat mudah. Jadi ramai manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu sensitif ni dengan mengembargemburkan, mencampuradukkan antara yang benar dan salah, memutarbelitkan dan macam-macam lagi untuk kepentingan sendiri. Terlalu banyak isu sensitif yang diperjuangkan oleh orang tidak bertanggungjawab lantas menimbulkan kemarahan, pergaduhan sesama kita sendiri.. orang yang mengaku diri sebagai Islam. Zaman sekaran ni.. even bola boleh jadi isu sensitif. Belum termasuk isu negeri, negara, politik, agama dan sebagainya..

Elakkan dari bercakap tentang isu sensitif.. kecuali ada kebaikannya. jika setakat ingin cipta kemarahan.. abaikan sahaja. jangan kita jadi api dalam minyak yang sudah sedia tertumpah...


Untuk bakal suamiku

Untuk bakal suamiku..
Walau dimanapun awak berada
Saya nak awak tau
Saya sayang awak

Bakal suamiku,
Saya bukan mahu memilih
Siapalah saya untuk memilih seseorang
Sedangkan saya tau saya tidak sempurna
Malah hanya seorang gadis biasa
yang hanya mahu dibimbimg dan dipimpin

Bakal suamiku
tidak salah kirannya saya mahu berangan
mahu beremosi
kerana saya seorang perempuan
diketahui lembut hatinya

Bakal suamiku
saya mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam solat saya
yang boleh mengejutkan saya waktu pagi
Untuk mengerjakan solat bersama-sama
kerana saya cuma seorang gadis yang tidak begitu kuat

bakal suamiku
indahnya jika kamu boleh mengajar saya mengaji quran
mengenal hukum tajwid dan maknanya
agar saya tidak terus menerus berada dalam kesalahan
kerana saya taw bacaan saya masih belum sempurna

bakal suamiku
saya inginkan seseorang yang boleh menasihatkan saya dikala saya salah
bukan seorang lelaki dayus yang mengikut segala telunjuk saya
tidak.. saya tidak mahu menjadi perempuan seperti itu
biarlah bakal suamiku itu seorang yang cukup tegas untuk saya

bakal suamiku
ketahuilah saya suma seorang gadis
yang sangat tidak sempurna
yang sangat tinggi egonya
yang sering angkuh dan bongkak dengan kehidupannya
yang ingin berubah tapi saya tidak berdaya
yang tidak mampu melawan 9 nafsunya

bakal suamiku
bimbinglah saya
bawalah saya ke jalan yang benar
yang penuh keberkatan
saya mahukan seorang lelaki yang mengajak saya ke tempat agama
bukan tempat hiburan yang terlalu melalaikan
bantulah saya wahai bakal suamiku