Friday 26 April 2013

Kedai mana korang kena terjah kalau gi Nilai???

Saya ni memang selalu sangat pergi Nilai sebab Nilai ngn Bangi adalah sangat dekat
So kadang-kadang kalau boring pon pergi Nilai
macam x de motip

Masa abang nak kahwin dulu dia selalu ajak teman dia gi Nilai survey-survey barang
Boleh dikatakan semua kedai kahwin kat Nilai tu saya masuk
survey-survey
tapi time tu x de la survey bersungguh sangat
just tengok-tengok sambil dapatkan idea untuk majlis sendiri
ada juga bagi idea untuk majlis abang

Pada pendapat saya kedai kahwin paling best dekat Nilai ialah Kedai ZC..
Kedai ZC ni kalau tak silap ada dua cawangan
satu kat depan sekali.. satu lajur dengan KK Shop
Satu lagi dekat belakang.. satu lajur dengan Astana Idaman
yang tu yang saya prasan la
Apa yang best dengan kedai ZC ialah semua barang dia sangat cantik dan up to date
Masuk-masuk je terus konpius nak pilih yang mana
abang dulu pun banyak beli dekat kedai ni sebab barang kat kedai dia banyak juga yang tak de kat kedai lain
Harga dia plak adalah average.. tak de la mahal.. n tak de la murah
aritu encik b ada pesan paper bag 600 pcs.. 29sen je/ pcs
cantik juga
Bunga telor die plak..mak ai.. cantikkkk sangat
harga range dalam 60sen/pcs hingga 4.++/pcs gitu
tapi kalau nak yang cantik..pandai cari yang singgit lebih pon dah kira ok
Tapi saya maybe beli yang 60sen tu je kot.. muahahahahahahaha

Wakaupun saya suka dengan ZC ni tak de la sampai semua barang saya beli kat cni
sebab saya ada juga survey kedai-kedai lain yang mana barang yang saya nak adalah lebih murah
macam astana idaman, tq shop taupun kedai depan tq shop
so.. kena pandai-pandai la
kalau dah malas nak survey.. better pergi je zc tu
comfirm puas ati

Bridezilla!!!

homaigad..homaigad..homaigad...

saya rasa sekarang saya sedang mengalami sindrom bridezilla
terasa gilosss sangat
macam-macam pikir
and yang paling teruk.. saya rasa macam nak beli semua benda sekarang
walau hakikatnya nak kahwin lambat ag
gilos..giloss..giloss

untuk pengetahuan sape-sape yang baca
saya rancang pasal kahwin ni memang da lama sangat
n dalam tempoh yang lama tu da banyak perancangan berubah mengikut keadaan
keadaan duit dan sebagainya
alhamdulillah idea banyak dalam kepala n still on bajet

kadang-kadang terasa bagus juga sebab saya share pasal idea saya dengan kawan-kawan
n ramai sangat yang prihatin n bagi idea
walaupun kadang-kadang idea tu tak kena dengan bajet saya
dun worry.. idea mu tetap ku simpan dalam hati
n akan cuba ku sesuaikan mengikut perkiraan bajet
thanx my dear friends



Saturday 20 April 2013

Door Gift Part 2


Ingat tak hari tu ada cerita pasal door gift??
So.. sekarang ni saya dah buat keputusan muktamad macam mana nak wat door gift tu

phewwww.. tarik nafas jap
sebenarnye sangat susah nak buat keputusan pasal apa nak buat masa kahwin even benda yang kecikkkk macam ni
banyak sangat idea dalam kepala tapi memandangkan bajet adalah ciput jadi harus sedar diri
So apa yang saya akan letak dalam door gift tu ialah gula-gula, baulu/apollo (tengok keadaan dekat nak kahwin nanti) dan yaasin.. very da simple n sikit yang amat.. memandangkan ada yaasin jadi door gift ni tak kan bagi kat budak-budak.. untuk budak-budak tengah pikir idea lain. maybe bagi lollipop atau jengjengjeng... tunggu je laaaa nanti..kekeke
and oh ye.. untuk rombongan encik b akan tambah bunga telor
ada juga berkira untuk bagi sorang satu bunga telor tapi telor tu diorang makan ke?
or bunga tu diorang simpan ke?
bunga tu mahal tahu??
sebab memang dah tahu mami ngan kakak mesti suruh juga buat bunga telur untuk dicucuk pada pulut dan bagi kat rombongan.. jadi beli je la
walaupun seboleh-bolehnya tak nak bezakan antara rombongan dan tetamu lain
double standard?? tak bagusss.....
Keseluruhannya idea ini ialah supaya barang dalam door gift tu diguna sebaik mungkin dan alhamdulillah dapat yang murah-murah gituu

1. Paper bag

oohhh.. tak de la "paper" sangat pon  sebab kita pilih beg organza sebagai paper bag. survey punya survey harganya tak de la murah ponn.. minimum harga boleh dapat untuk saiz yang dikehendaki ialah RM0.49/pcs.. ni harga kat nilai.. tapi sama juga sebab paper bag paling murah boleh dapat pon RM0.29/pcs  dekat Nilai and RM0.25/pcs dekat semua house.. hameekkkkk kau.. gua bagi semua details. and kalau korang nak guna brown paper bag pon boleh. dekat sarikat perniagaan wakim kg baru ada brown paper bag yang ada pemegang.. paling murah boleh dapat RM0.60/pcs.. kalau yang kurang kukuh tu murah je dalam range harga 11 ke 16 sen per paket.. very da jimat.. tapi yang ni korang kena touch up la cket pakai doily paper and riben mengikut kekreatifan masing-masing and kena berjaga-jaga jangan bagi masuk benda berat-berat. kalau doily paper tu boleh la dapat RM2.50/200pcs (yang ni kaler putih) dekay yummy bakery bangi or kat syarikat perniagaan wakim harga dia RM6/250pcs. Kalau riben lak boleh dapat RM50++/500pcs rasenye.. yang ni da dapat yang cantik sangat dekat  Nilai.

So.. pandai-pandailah korang pilih. For me saya just nak guna beg organza sebab nanti mungkin boleh diguna lagi lain hari and beg organza pink adalah sangat kiut.. 

2. Surah Yaasin

Surah yaasin ni memang la semua tahu very da mahalll.. tapi memang saya amat tak sangka bila dapat jumpa yang murah plus dapat design sendiri lagi.. mak cik memang sukeeee sangat. surah yaasin ni kecik je iaitu saiz 3"x4" n kualiti kertasnye pon tak pasti la cane. tapi ok la kan sebab yang penting isi kat dalam tu macam mana. Harga die saya dapat RM0.29/pcs sebab saya tempah 1500 pcs termasuk untuk majlis rumah encik b. lagipun saya guna design sendiri jadi dapat la harga murah siket. bagi yang nak tau details boleh pergi ke http://www.kadborong.com/.. siriesly.. semua barang die murah.. dari kad kahwin sampaila yaasin ni. memang berbaloi-baloi.. tapi kalau untuk surah yaasin ni better korang design sendiri je sebab kalau dia design harga/pcs da tambah 5 sen. Memang nampak jumlah tu kecik tapi kalau da kali dengan berapa pcs korang tempah da cas berapa puluh hengett tuhh.. or korang boleh suruh saya je design(kakaka...jokingjoking)

ni design yaasin yang saya buat.. ada lagi satu design tapi yang ni ummi suka.. 


3. Tasbih

selain daripada yaasin saya memang sangat mengidam untuk bagi tetamu sekalian tasbih.. yaasin + tasbih pastu letak dalam kotak or beg organza.. perghhh... ekslusif wa cakap beb. tapi memandangkan bajet ciput jadi idea tasbih tu kita batalkan saja. Setakat yang saya jumpa tasbih ni adalah mahal ya amat.. boleh cecah RM2 ke atas untuk satu pcs. Mungkin sebab kualiti atau sebab dia handmade jadi benda tu mahal. ada juga terniat nak diy sendiri.. tapi tak de masa plus barang die pon mahal juga. so diam-diam je kau kat situ. tapi tetap saya nak berkongsi bagi sesape yang nak buat juga door gift tasbih n cari yang murah... saya ada jumpa satu.. n tasbih tu sangat cantik. Harga dia Tasbih ekonomi (pearl shj ) >100pcs RM 1.30, >1,000pcs RM 1.00. Tasbih (pearl + kristal ) >100pcs RM 1.70, >1,000pcs RM 1.50. Korang boleh cek http://www.facebook.com/zafafigallery.. orangnye pon nice tapi gua je tak sempat berurusan dengan die just sempat tanye harga.. tapi bajet tak de.. gitu.. 



untuk gula-gula ngan apollo malas nak cite sebab akan letak macam tu je dalam beg tu.. gula-gula je maybe akan letak dalam beg organza atau kotak..
harga keseluruhan 
RM0.49*600 = RM294
RM0.29*700 =RM203+ pos RM20 (dah bahagi 2 ngan encik b)
Lain-lain ( Gula-gula + apollo + hiasan tambahan) = RM300
Total = dalam lingkungan RM800.. 
1 tetamu = lebih kurang RM1.50 la.. cincai-cincai untuk masa depan nye harga. 
sekarang baru beli beg organza ngan yaasin
saya cuba pastikan benda ni tak sampai rege 1000 kalau campur lain-lain.. aminn




Bajet Kahwin

Sebenarnye sangat excited nak cite pasal kahwin
Sampai tak tau nak cite macam mane
So.. macam mana persiapan??
Ceeeiiii.. cakap macam lagi sebulan je ko nak kahwin.. padahal ada lagi 7 bulan gituuu
Sekarang ni sebenarnye tengah kumpul idea and buat keputusan muktamad
Setakat ni yang dah muktamad ialah baju nikah dan door gift
masih mencari-cari mak andam kat Kelantan yang bagi harga berpatutan tapi boleh dapat make up cantik, baju cun n pelamin cantik
(ceyyyyy demand.. padahal bajet ciput)
so?? ada knal mana-mana mak andam kat kelantan yang tiptop tapi murah?? kekekeke

Sebenarnye masih pikir lagi pasal mak andam ni
masih berkira-kira bajet yang ada
biasalah kalau dah namanya student
mana nak dapat duit banyak-banyak buat majlis mewah kan?
lebih-lebih lagi memang tak nak menyusahkan family
kesian family iolss.. adik beradik ramai lagi tak kahwin
tak kan tetibe support saya je... gituuuu
So.. mengikut perkiraan sekarang ni bajet untuk mak andam still x ada sebab banyak habis dekat makan-makan
so.. x kisahlah kan. kalau tak de pelamin pon x pe.. sebab tu adalah kehendak bukan keperluan
kalau tak de pelamin maybe akan buat majlis untuk akad nikah je
kira macam pagi akad n majlis aritu terus
lagi pon baju lagi berapa minggu je siap
tak de la nak kena sewa lagi
harap-harap family setuju... aminnn

anggaran majlis ni tak habis sampai 10k pon
tu pon separuh da makan-makan
bajet seribu untuk door gift ( max 700 tetamu)
bajet seribu untuk attire hari tu.. sekarang baru guna separuh.. so still ada untuk make up, kasut n veil
untuk hantaran (barang keperluan encik b) mungkin seribu termasuk hiasan hantaran
yang lain-lain adalah untuk keperluan majlis
see.. bajet saya memang sangat ciput
kalau ada terlebih duit mungkin baru amek pelamin n persalinan
lau tak cukup kita redha je
kekeke
tapi majlis umah encik b maybe besar
sebab ummi sangat bersemangat uruskan semua hal
untunglaaa
bagi saya, saya tak kisah sangat majlis simple
sebab perjalanan hidup lepas tu yang penting
buat ape habis ribu riban sebab nanti duit tu banyak ag boleh guna untuk benda lain
ye la... ko bukan kaya pon untuk habiskan ribu-riban untuk something yang cuma errr 5 jam??
ceiiii.. maafkan je la... ayat orang x cukup duit memang macam ni... lalalalala

So.. marilah kita sama-sama tengok macam mana gayanye nak buat majlis bajet ciput tapi sangat fine!!
itu azam saya.. (tetibe jadi mahal tak tau la tuuu...kekekeke)


Wednesday 17 April 2013

Cabaran

Sejak-sejak tulis tesis ni rasa macam banyak sangat dugaan
Tulis tesis kali ni adalah sangat mencabar
da berape kali hantar asyik kena reject
redhaaa je la
kadang-kadang sampai rasa kalau tak sempat grad bulan 10 ni pon aku redhaa je
sejak dua tiga hari ni dop analisis data balik
pastu ubah tu ubah ni
rasa macam tak de masa rehat da
bila masa balik
dop atas kete je rasa sakit belakang ya amat
berapa jam dop depan komputer je
malam pulak ngajar tuisyen
dua hari lepas aku cancel kan je tuisyen sebab tak larat sangat-sangat
tapi semalam terpaksa buat juga sebab da tak tau nak ganti hari ape

cabaran juga bila terpaksa siapkan tesis and dalam masa yang sama sibuk urus pasal kahwin
pfffft............... kadang-kadang rasa macam nak menyerah
tapi kena gagahkan juga
mana nak siapkan tesis
mana nak uruskan hal kahwin
mana keje part time
mana nak kumpul duit
huuuuuuu

Pasal urusan kahwin macam aku je yang pum pang pum pang
family aku rilekk je
macam masih tak dapat terima kenyataan yang aku da nak kawen
besela
aku kan muda ag
baru 23 tahun
kat atas aku masih ada 2 orang kakak and sorang abang
jadi kalau aku cakap pasal kahwin semua macam endah tak endah je
sobbsss... sedih gua
jadi disebabkan ini
terpaksa juga uruskan sorang-sorang
balik umah dekat-dekat nak kawen nanti biarla semua dah settle
pasal kenduri tinggal hulur duit je
kalau boleyh malas nak susahkan family
perlu buktikan aku boleh berdikari

Sekarang da nak masuk bulan lima
means cuma tinggal lebih kurang 7 bulan je ag
macam lama tapi tak lama juga..
tapi alhamdulillah
da banyak benda juga yang da siap
kalau boleh nak siapkan semua cepat-cepat

semoga cabaran ni semua selamat aku tempuhi
aminnnn



Respect

hari ni nak cerita pasal insiden pagi tadi
rasa macam respect sangat dekat sorang abang ni
dia tu jiran je dengan gua
tapi memang tak pernah nampak la sebab jiran kat KL ni uollsss
paham-paham je la
so pagi tadi masa da keluar rumah
gua terdengar ada suara sorang laki dop bebel2
tak paham sangat apa yang dibebelkan sebab sayup-sayup je
so sebagai seorang perempuan ayu gituu
gua buat tak tau je la
bila sampai depan rumah die baru betul-betul gua dengar
rupanya dia tgh berselawat
alhamdulillah
pastu kitorang naik lift sama-sama
ponn dia masih berselawat
tak de la dia nak berenti ke apa
sebab biasanye kan orang mesti berenti cakap2 kalau ada orang lain
kununnye malu
tapi dia bagus
sebab dia tau dia buat benda bagus
so kenapa nak berenti kan??
dapat pahala tuu
first respect

pastu bila keluar lift
gua tengok hujan da start rintik2
dalam hati
alamak ai
da la tak de payung
kereta pulak parking nun jauh di luar apartment
so gua lajukan perjalanan gua
tak prasan plak abang tadi masih ada kat belakang
hujan masih rintik2
bila sampai kat kete gua terus masuk kete
kan hujannn.. haruslah cepat2
nanti demam tak kuasa nak tanggung
hidupkan air cond.. hidupkan radio
rest dulu kejap
kasi engine panas
gua expect abang tadi da masuk kete dia
tapi bila gua da start gerak gua tengok dia jalan kaki je rupanya
dalam hujan lak tu
mungkin dia nak ke ktm
perjalanan dari umah gua ke ktm ada la hampir 2km gituu
gua jadi tak sampai hati nak biarkan dia jalan
dalam malu-malu gua buka cermin and tanya
(opkos la malu sebab laki khenn)

gua: abang... nak tumpang
abang: eh tak pe la dik (dalam takut-takut) 
gua: tak pe la bang.. hujan ni
abang: tak pe la dik.. abang tak nak naik berdua ngan adik.. berdua tak elok dik.
gua: ooo... ok.. ( sambil senyum dan berlalu pergi)

lepas gua pergi gua asyik teringat je
bukan la maksud gua jatuh hati ke apa..
tak de
gua da ada tunang ok
maksudnya gua respect sangat ngan abang ni
dalam keadaan dia terpaksa berjalan 2km.. hujan rintik2 yang tak tau tetibe akan lebat ke
dia masih tolak ajakan gua
gua pon tak paham kenapa gua berani ajak dia
sebab biasa kalau laki memang tak le uollls
takutt ok
tapi sebab insiden sebelum masuk kete
dengan tengok air muka dia
tak de la gua rasa takut
sungguh uolllss
pon bukan gua nak tumpangkan dia sebab nak goda ke apa

gile kau??
memang gua selalu tumpangkan orang

tapi besenya gua tumpangkan budak pompuan la
jangan nak tuduh gua bukan-bukan ok!
gua pon tak tau kenapa gua tergerak hati nak tumpangkan and tegur dia.. demsss


moral of the story: abang macam tu masih wujud. untung bini dia.. dia memang amalkan ciri-ciri keislaman yang sangat kuat. gua respect n berbangga ngan die. semoga masih ramai lelaki kat luar sana macam tu. aminnnn.....