Saturday, 20 April 2013

Door Gift Part 2


Ingat tak hari tu ada cerita pasal door gift??
So.. sekarang ni saya dah buat keputusan muktamad macam mana nak wat door gift tu

phewwww.. tarik nafas jap
sebenarnye sangat susah nak buat keputusan pasal apa nak buat masa kahwin even benda yang kecikkkk macam ni
banyak sangat idea dalam kepala tapi memandangkan bajet adalah ciput jadi harus sedar diri
So apa yang saya akan letak dalam door gift tu ialah gula-gula, baulu/apollo (tengok keadaan dekat nak kahwin nanti) dan yaasin.. very da simple n sikit yang amat.. memandangkan ada yaasin jadi door gift ni tak kan bagi kat budak-budak.. untuk budak-budak tengah pikir idea lain. maybe bagi lollipop atau jengjengjeng... tunggu je laaaa nanti..kekeke
and oh ye.. untuk rombongan encik b akan tambah bunga telor
ada juga berkira untuk bagi sorang satu bunga telor tapi telor tu diorang makan ke?
or bunga tu diorang simpan ke?
bunga tu mahal tahu??
sebab memang dah tahu mami ngan kakak mesti suruh juga buat bunga telur untuk dicucuk pada pulut dan bagi kat rombongan.. jadi beli je la
walaupun seboleh-bolehnya tak nak bezakan antara rombongan dan tetamu lain
double standard?? tak bagusss.....
Keseluruhannya idea ini ialah supaya barang dalam door gift tu diguna sebaik mungkin dan alhamdulillah dapat yang murah-murah gituu

1. Paper bag

oohhh.. tak de la "paper" sangat pon  sebab kita pilih beg organza sebagai paper bag. survey punya survey harganya tak de la murah ponn.. minimum harga boleh dapat untuk saiz yang dikehendaki ialah RM0.49/pcs.. ni harga kat nilai.. tapi sama juga sebab paper bag paling murah boleh dapat pon RM0.29/pcs  dekat Nilai and RM0.25/pcs dekat semua house.. hameekkkkk kau.. gua bagi semua details. and kalau korang nak guna brown paper bag pon boleh. dekat sarikat perniagaan wakim kg baru ada brown paper bag yang ada pemegang.. paling murah boleh dapat RM0.60/pcs.. kalau yang kurang kukuh tu murah je dalam range harga 11 ke 16 sen per paket.. very da jimat.. tapi yang ni korang kena touch up la cket pakai doily paper and riben mengikut kekreatifan masing-masing and kena berjaga-jaga jangan bagi masuk benda berat-berat. kalau doily paper tu boleh la dapat RM2.50/200pcs (yang ni kaler putih) dekay yummy bakery bangi or kat syarikat perniagaan wakim harga dia RM6/250pcs. Kalau riben lak boleh dapat RM50++/500pcs rasenye.. yang ni da dapat yang cantik sangat dekat  Nilai.

So.. pandai-pandailah korang pilih. For me saya just nak guna beg organza sebab nanti mungkin boleh diguna lagi lain hari and beg organza pink adalah sangat kiut.. 

2. Surah Yaasin

Surah yaasin ni memang la semua tahu very da mahalll.. tapi memang saya amat tak sangka bila dapat jumpa yang murah plus dapat design sendiri lagi.. mak cik memang sukeeee sangat. surah yaasin ni kecik je iaitu saiz 3"x4" n kualiti kertasnye pon tak pasti la cane. tapi ok la kan sebab yang penting isi kat dalam tu macam mana. Harga die saya dapat RM0.29/pcs sebab saya tempah 1500 pcs termasuk untuk majlis rumah encik b. lagipun saya guna design sendiri jadi dapat la harga murah siket. bagi yang nak tau details boleh pergi ke http://www.kadborong.com/.. siriesly.. semua barang die murah.. dari kad kahwin sampaila yaasin ni. memang berbaloi-baloi.. tapi kalau untuk surah yaasin ni better korang design sendiri je sebab kalau dia design harga/pcs da tambah 5 sen. Memang nampak jumlah tu kecik tapi kalau da kali dengan berapa pcs korang tempah da cas berapa puluh hengett tuhh.. or korang boleh suruh saya je design(kakaka...jokingjoking)

ni design yaasin yang saya buat.. ada lagi satu design tapi yang ni ummi suka.. 


3. Tasbih

selain daripada yaasin saya memang sangat mengidam untuk bagi tetamu sekalian tasbih.. yaasin + tasbih pastu letak dalam kotak or beg organza.. perghhh... ekslusif wa cakap beb. tapi memandangkan bajet ciput jadi idea tasbih tu kita batalkan saja. Setakat yang saya jumpa tasbih ni adalah mahal ya amat.. boleh cecah RM2 ke atas untuk satu pcs. Mungkin sebab kualiti atau sebab dia handmade jadi benda tu mahal. ada juga terniat nak diy sendiri.. tapi tak de masa plus barang die pon mahal juga. so diam-diam je kau kat situ. tapi tetap saya nak berkongsi bagi sesape yang nak buat juga door gift tasbih n cari yang murah... saya ada jumpa satu.. n tasbih tu sangat cantik. Harga dia Tasbih ekonomi (pearl shj ) >100pcs RM 1.30, >1,000pcs RM 1.00. Tasbih (pearl + kristal ) >100pcs RM 1.70, >1,000pcs RM 1.50. Korang boleh cek http://www.facebook.com/zafafigallery.. orangnye pon nice tapi gua je tak sempat berurusan dengan die just sempat tanye harga.. tapi bajet tak de.. gitu.. 



untuk gula-gula ngan apollo malas nak cite sebab akan letak macam tu je dalam beg tu.. gula-gula je maybe akan letak dalam beg organza atau kotak..
harga keseluruhan 
RM0.49*600 = RM294
RM0.29*700 =RM203+ pos RM20 (dah bahagi 2 ngan encik b)
Lain-lain ( Gula-gula + apollo + hiasan tambahan) = RM300
Total = dalam lingkungan RM800.. 
1 tetamu = lebih kurang RM1.50 la.. cincai-cincai untuk masa depan nye harga. 
sekarang baru beli beg organza ngan yaasin
saya cuba pastikan benda ni tak sampai rege 1000 kalau campur lain-lain.. aminn




Bajet Kahwin

Sebenarnye sangat excited nak cite pasal kahwin
Sampai tak tau nak cite macam mane
So.. macam mana persiapan??
Ceeeiiii.. cakap macam lagi sebulan je ko nak kahwin.. padahal ada lagi 7 bulan gituuu
Sekarang ni sebenarnye tengah kumpul idea and buat keputusan muktamad
Setakat ni yang dah muktamad ialah baju nikah dan door gift
masih mencari-cari mak andam kat Kelantan yang bagi harga berpatutan tapi boleh dapat make up cantik, baju cun n pelamin cantik
(ceyyyyy demand.. padahal bajet ciput)
so?? ada knal mana-mana mak andam kat kelantan yang tiptop tapi murah?? kekekeke

Sebenarnye masih pikir lagi pasal mak andam ni
masih berkira-kira bajet yang ada
biasalah kalau dah namanya student
mana nak dapat duit banyak-banyak buat majlis mewah kan?
lebih-lebih lagi memang tak nak menyusahkan family
kesian family iolss.. adik beradik ramai lagi tak kahwin
tak kan tetibe support saya je... gituuuu
So.. mengikut perkiraan sekarang ni bajet untuk mak andam still x ada sebab banyak habis dekat makan-makan
so.. x kisahlah kan. kalau tak de pelamin pon x pe.. sebab tu adalah kehendak bukan keperluan
kalau tak de pelamin maybe akan buat majlis untuk akad nikah je
kira macam pagi akad n majlis aritu terus
lagi pon baju lagi berapa minggu je siap
tak de la nak kena sewa lagi
harap-harap family setuju... aminnn

anggaran majlis ni tak habis sampai 10k pon
tu pon separuh da makan-makan
bajet seribu untuk door gift ( max 700 tetamu)
bajet seribu untuk attire hari tu.. sekarang baru guna separuh.. so still ada untuk make up, kasut n veil
untuk hantaran (barang keperluan encik b) mungkin seribu termasuk hiasan hantaran
yang lain-lain adalah untuk keperluan majlis
see.. bajet saya memang sangat ciput
kalau ada terlebih duit mungkin baru amek pelamin n persalinan
lau tak cukup kita redha je
kekeke
tapi majlis umah encik b maybe besar
sebab ummi sangat bersemangat uruskan semua hal
untunglaaa
bagi saya, saya tak kisah sangat majlis simple
sebab perjalanan hidup lepas tu yang penting
buat ape habis ribu riban sebab nanti duit tu banyak ag boleh guna untuk benda lain
ye la... ko bukan kaya pon untuk habiskan ribu-riban untuk something yang cuma errr 5 jam??
ceiiii.. maafkan je la... ayat orang x cukup duit memang macam ni... lalalalala

So.. marilah kita sama-sama tengok macam mana gayanye nak buat majlis bajet ciput tapi sangat fine!!
itu azam saya.. (tetibe jadi mahal tak tau la tuuu...kekekeke)


Wednesday, 17 April 2013

Cabaran

Sejak-sejak tulis tesis ni rasa macam banyak sangat dugaan
Tulis tesis kali ni adalah sangat mencabar
da berape kali hantar asyik kena reject
redhaaa je la
kadang-kadang sampai rasa kalau tak sempat grad bulan 10 ni pon aku redhaa je
sejak dua tiga hari ni dop analisis data balik
pastu ubah tu ubah ni
rasa macam tak de masa rehat da
bila masa balik
dop atas kete je rasa sakit belakang ya amat
berapa jam dop depan komputer je
malam pulak ngajar tuisyen
dua hari lepas aku cancel kan je tuisyen sebab tak larat sangat-sangat
tapi semalam terpaksa buat juga sebab da tak tau nak ganti hari ape

cabaran juga bila terpaksa siapkan tesis and dalam masa yang sama sibuk urus pasal kahwin
pfffft............... kadang-kadang rasa macam nak menyerah
tapi kena gagahkan juga
mana nak siapkan tesis
mana nak uruskan hal kahwin
mana keje part time
mana nak kumpul duit
huuuuuuu

Pasal urusan kahwin macam aku je yang pum pang pum pang
family aku rilekk je
macam masih tak dapat terima kenyataan yang aku da nak kawen
besela
aku kan muda ag
baru 23 tahun
kat atas aku masih ada 2 orang kakak and sorang abang
jadi kalau aku cakap pasal kahwin semua macam endah tak endah je
sobbsss... sedih gua
jadi disebabkan ini
terpaksa juga uruskan sorang-sorang
balik umah dekat-dekat nak kawen nanti biarla semua dah settle
pasal kenduri tinggal hulur duit je
kalau boleyh malas nak susahkan family
perlu buktikan aku boleh berdikari

Sekarang da nak masuk bulan lima
means cuma tinggal lebih kurang 7 bulan je ag
macam lama tapi tak lama juga..
tapi alhamdulillah
da banyak benda juga yang da siap
kalau boleh nak siapkan semua cepat-cepat

semoga cabaran ni semua selamat aku tempuhi
aminnnn



Respect

hari ni nak cerita pasal insiden pagi tadi
rasa macam respect sangat dekat sorang abang ni
dia tu jiran je dengan gua
tapi memang tak pernah nampak la sebab jiran kat KL ni uollsss
paham-paham je la
so pagi tadi masa da keluar rumah
gua terdengar ada suara sorang laki dop bebel2
tak paham sangat apa yang dibebelkan sebab sayup-sayup je
so sebagai seorang perempuan ayu gituu
gua buat tak tau je la
bila sampai depan rumah die baru betul-betul gua dengar
rupanya dia tgh berselawat
alhamdulillah
pastu kitorang naik lift sama-sama
ponn dia masih berselawat
tak de la dia nak berenti ke apa
sebab biasanye kan orang mesti berenti cakap2 kalau ada orang lain
kununnye malu
tapi dia bagus
sebab dia tau dia buat benda bagus
so kenapa nak berenti kan??
dapat pahala tuu
first respect

pastu bila keluar lift
gua tengok hujan da start rintik2
dalam hati
alamak ai
da la tak de payung
kereta pulak parking nun jauh di luar apartment
so gua lajukan perjalanan gua
tak prasan plak abang tadi masih ada kat belakang
hujan masih rintik2
bila sampai kat kete gua terus masuk kete
kan hujannn.. haruslah cepat2
nanti demam tak kuasa nak tanggung
hidupkan air cond.. hidupkan radio
rest dulu kejap
kasi engine panas
gua expect abang tadi da masuk kete dia
tapi bila gua da start gerak gua tengok dia jalan kaki je rupanya
dalam hujan lak tu
mungkin dia nak ke ktm
perjalanan dari umah gua ke ktm ada la hampir 2km gituu
gua jadi tak sampai hati nak biarkan dia jalan
dalam malu-malu gua buka cermin and tanya
(opkos la malu sebab laki khenn)

gua: abang... nak tumpang
abang: eh tak pe la dik (dalam takut-takut) 
gua: tak pe la bang.. hujan ni
abang: tak pe la dik.. abang tak nak naik berdua ngan adik.. berdua tak elok dik.
gua: ooo... ok.. ( sambil senyum dan berlalu pergi)

lepas gua pergi gua asyik teringat je
bukan la maksud gua jatuh hati ke apa..
tak de
gua da ada tunang ok
maksudnya gua respect sangat ngan abang ni
dalam keadaan dia terpaksa berjalan 2km.. hujan rintik2 yang tak tau tetibe akan lebat ke
dia masih tolak ajakan gua
gua pon tak paham kenapa gua berani ajak dia
sebab biasa kalau laki memang tak le uollls
takutt ok
tapi sebab insiden sebelum masuk kete
dengan tengok air muka dia
tak de la gua rasa takut
sungguh uolllss
pon bukan gua nak tumpangkan dia sebab nak goda ke apa

gile kau??
memang gua selalu tumpangkan orang

tapi besenya gua tumpangkan budak pompuan la
jangan nak tuduh gua bukan-bukan ok!
gua pon tak tau kenapa gua tergerak hati nak tumpangkan and tegur dia.. demsss


moral of the story: abang macam tu masih wujud. untung bini dia.. dia memang amalkan ciri-ciri keislaman yang sangat kuat. gua respect n berbangga ngan die. semoga masih ramai lelaki kat luar sana macam tu. aminnnn.....


Wednesday, 20 March 2013

Ketagih

Kamu tahu..
saya rasa kat dunia ni semua orang ada ketagihan masing-masing
and i have mine too
sebenarnye aku rase aku ada banyak sangat ketagihan
yang kalau aku tahan or nak berenti rase ketar2 gituu

1. Ketagih magee

magee juga boleh membawa kepada satu ketagihan tahu?
masa sekolah dulu aku asyik makan magee sebab aku belagak tak nak makan kat dewan makan
sebenarnye magee ni makan sejak kecik ag
letak dalam cawan pastu letak air panas,,hirup..perghhhhh
aku punya stok magee kat skolah memang tak kan penah putus
adaaa je
n then aku mula berenti makan sebab aku mula rasa sakit-sakit pinggang
pastu asyik pedih ulu hati ngn sakit belakang
eh.. ada kena mengena ke?
bagi aku yang tak blajar pasal benda macam ni rasa macam ada kena mengena je
sebab magee da jadi makanan ruji
dengan kandungan MSG nyer.. haruslah bagi effect
jadi aku berenti makan magee lama juga
sampai la aku masuk matrik
lebih kurang enam bulan juga
kat matrik kan macam dalam penjara
hanya ada satu kafe n satu dewan makan
pilihla ko nk makan yang mana
pastu nak tak nak kalau dah boring
orang akan makan magee juga
ataupun mungkin sebab malas turun pegi makan jadi makan magee adalah pilihan terbaik
hari-hari aku tengok orang makan magee
mana boleyh tahan beb
lalu aku tinggalkan segala pantang larang dan makan balik..hoyeeaah
sampai sekarang aku asyik makan
tapi sekarang makin teruk sebab aku macam da tak suka makan rebus
makan ratah ag best
kadang-kadang hari-hari makan
bila da start sakit pinggang balik aku buat tak tau je
tapi bila lama-lama rasa insaf sikit n terus buat keputusan nak berhenti
atas desakan encik b juga
die asyik bising je suruh berenti makan magee
sekarang da dekat sebulan berenti.. tapi balik kg minggu lepas aku makan balik.. muahahahahahaha

2. Nescafe

nescafe pon aku penah ketagih
dedulu masa matrik aku belagak rajin
aku tak de la stay up sebab kalau stay up boleh buat sel otak putus
katanye teacher aku
tapi aku slalu tido pukul 11 malam bangun pukul 5 pagi
hidup kat matrik hanyalah study
kalau tak pegi kelas.. balik aku study..aucchhh
rasa bangga dengan diri sendiri
tak tau macam mana aku survive gituu
jadi walaupun tak stay up.. buat macam tu jadikan otak aku letih n bangun kol 5 pagi okey!!
haruslah aku ngantuk
so untuk ngelakkan dari ngantuk dalam kelas aku pon minumlah nescafe
bangun pagi sebelum gi kelas buat nescafe
see??
kalau tak buat je aku memang akan ngantuk
mesti tertido
penah sekali kunun-kunun nak berenti minum nescafe sebab tak nak badan aku bergantung kat nescafe da
pegi kelas tanpa minum nescafe
tapi jadi ngantuk gilerr.. jalan pon rasa nak tertido
masa cikgu ngajar aku goyang-goyangkan badan.. tengah goyang-goyang tu kepala terus jatuh atas meja
aku tertido tahu!!!
tengah goyang pon boleyh tido
abeyh je masa untuk kelas tu terus heret kawan pegi koperasi..beli nescafe
redhaaaa je la
aku teruskan je kegiatan minum nescafe tu sampai la aku abess matrik
baru aku berhenti
pastu da tak ketagih da..alhamdulillah

3. Sopim

Sekarang ni ketagih dengan sopim pula
eh siries aku tak suka dengan kedai online
die buat aku rasa nak sopim sambil buat keje
setan asyik hasut aku beli macam-macam
kalau tak sopim aku tak sedap duduk
ada je benda tak kena
pastu asyik teringat
last2 kena beli juga
i hate u kedai-kedai sekalian!!!



Thursday, 7 March 2013

pening pasal veil.

haritu kan kite da cite2 pasal baju nikah
kemain ag cite pasal baju nikah
g jumpa tailor nye belum lagi

sebenarmye minggu lepas da nak g jumpa tailor
tapi ada je halangan
campur ngan takut2 nak jumpa
sebab takut mahalll
nanti saya pengsan kat  situ sebab dengar harga die acane?

so hari ni mari kita bercerita pasal veil pula
saya kan selalu nak advance
survey pasal veil ni memang da lamaa sangat
kalau boleh nak buat custom made sekali ngan selendang
untuk nikah je la
hari resepsi sila sewa semua benda

kalau tengok veil2 tu terus rasa macam nak tempah
tapi tak de keberanian
walhal untuk buat tuhh sampai bulan 5-6 ni ponn dah penuh orang tempah
bukan ape.. harga die mahal ya amat
harga dalam RM2++ hingga RM3++ ilekk je
saya kan nak bajett semua benda
mane nak cukup duit
kang baju lagi murah dari veill
rasa macam tak berbaloi sangat

so.. hujung minggu ni insyaAllah nak g jumpa tailor
tanya kot2 dia boleh buat veil sekali
ngan harga murah sikit ke
n nak bincang sekali pasal design baju
Ya Allah.. permudahkanlah semua urusanku..aminn


Wednesday, 6 March 2013

The "Merisik"


11 Februari 2012 haritu is like one of the big day for me

Family Incik B akhirnya datang merisik lepas lebih kurang 6 tahun kitorang kaple
Kaple adalah samting yang sangat boring and akhirnya saya melangkah ke satu step yang lebih maju
Saya rasa 'merisik' ni adalah benda besar sebab lepas ni saya tak nak tunang dah
nikah je teross.. demi untuk menjimatkan duit
kalau boleh nikah n majlisnya pon nak buat sesimple yang mungkin
kalau diizinkan family.. kekeke
ye la.. sebenarnya merisik ni pon just ingat nak wat simple2 je tapi da macam tunang
redhaaaaaa.... je la
jadi just consider  saya n incik b dah tunang k walaupun dia tak de cincin tanda
lalalala.. padan muka

balik hari tu adalah agak berserabut sebab apepon x prepare
kecuali apam polka dot yang saya dah tempah untuk bagi kat family incik b
sepatutnya saya tak yah bagi pape
tapi dah jadi kebiasaan family saya
kalau orang dah bagi kitorang jadi segan tak balas balik
jadi marilah kita balas membalas barang-barang ye
kecuali kuih tersebut memang saya tak prepare ape-ape
ingat nak beli kain batik n kain pelikat untuk parents dia tapi masa kat sini siries tak sempat
sepatutnya juga saya nak bagi buah
sebab incik b cakap mak die nak letak semua barang-barang tu atas dulang
ye.. atas dulang
saya agak terkejut sebab ini cuma merisik
rasanya tak perlu dulang-dulang semua
tapi kakak saya cakap.. dah orang nak buat kita kena ikut..
so.. apa yang saya prepare semua adalah barang yang nak diletak atas dulang... 
walaupun tak beli lagi..semua just rancang la
n nasib baik juga tak beli lagi sebab tetibe incik b cakap semua cancel..
die pegang kat tangan je
pastu terus konpius.. buah nak letak tang mana
so..terpaksa ubah plan lagi
eh.. series serabut.. belomm kahwin ag neyh

kebetulan plak
10/2 kezen saya pon bertunang
jadi memang tak sempat nak kemas umah bagi lapang n cantik
masa untuk amek apam polka dot juga jadi pendek..
apam tu saya amek petang tu je dekat maghrib
malam tu plak kemas2 apa yang patut..
phewww... penat okeyh
nak bagi kosong dapur n rumah yang penuhhhhh sangat dengan barang-barang "berharga"
Stressss

eh.. dan tak lupe.. 
malam tu juga la saya g beli semua barang
kain batik.. kain pelikat.. towel.. kek dan laici
semua barang tu letak dalam paper bag je.. senanggg
tak payah nak hias2 bagai..
gile keje last minute

masa balik aritu juga saya dikejutkan dengan berita
bahawasanya kakak dah belikan kain untuk buat pelamin
n yang paling tak leyh blahhh…
makeup pon die dah tempah
free of charge.. jadi layann je la
malam tersebut juga (haishh.. sila la terima bahawa memang saya buat semua benda malam tu)
ok.. malam tu.. saya, kakak ipar n kakak ketiga menDIYkan pelamin tersebut
just a simple one but saya suka
nice sangat
bunga kat tepi pelamin tu kakak sulung yang gubah before saya balik lagi..
semangat betul diorang
kite terima je…

hari kejadian baru papa sibuk angkat perabot letak kat luar umah
sebab nak bagi atas rumah lapang..
kiranya ruang tamu sekarang adalah di porch kereta
haritu baru sibuk nak bentang karpet.. sapu2 semua
haishhh.. memang sangat tak tau nak cakap ape
undescribe

dekat pukul 12 baru gedik2 nk g make up..
sambil beli barang lagiii
lalalalala
bersyukur sesangat sebab incik b delay die punye kedatangan
walaupun rancang datang kol 12, akhirnya die inform untuk datang lepas zohor.
Gumbira2.. sebab memang rasa x sempat sangat
Masa g make up tu saya pesan kat mak andam
“kak.. simple2 je eh”… n die jawab.. “beresssss..” dengan penuh keyakinan
Tapi bila dah habis make up n tengok cermin..
Terasa macam sangat sesuatu
Masa tu redha je
Perasaan bercampur. Nak tergelak, sedih, geram…
Makeup tebal giler
I kan natural beauty.. tetibe make up tebal
Rase macam errrrrkkkk sangat..haha

Alhamdulillah akhirnya majlis berjalan lancar
Walaupun awkward dengan make up tebal

Gua tetap cool aje..
Kekeke
N incik b…. thanx for da cincin