Wednesday 16 May 2012

Percanggahan personaliti itu aku

penah tak korang rasa macam korang nak jadi ini.. dan kejap nak jadi itu dan itu..

haruslah korang akan rasa sangat terok bila macam tuh sebab tetibe korang akan rase pening nak jadi camne... Yet it happened to me.. eh.. stress taw...

Terkadang aku rasa macam nak berubah. untuk jadi seorang yang lebih baik mungkin.. tapi terkadang aku akan rasa macam aku nak kembali macam dulu.. not the worst one but not yet the better me. Kemudian aku terpikir. kalau aku boleh berubah menjadi yang lebih baik kenapa aku masih terfikir untuk menjadi yang tidak baik..

kemudian aku faham bahawa aku cumalah seorang manusia yang normal.. dan untuk seorang hambaNya yang normal haruslah die ditimpa pelbagai dugaan dan ujian. Lebih-lebih lagi ketika dia itu cuba berubah untuk menjadi lebih baik.. daripada ada seorang/seekor syaitan yang menghasut.. terus tambah 10... mereka(syaitan itu) pula haruslah akan bekerja dengan lebih keras.. tika tersedar aku hanya mampu menyebut

"auzubillah minash shaitan nirrajeem"

lumrah manusia untuk jadi yang cantik.. lebih-lebih lagi seorang perempuan mempunyai 9 nafsu untuk dikawal. Tidak dinafikan aku sekarang ada la gemok-gemok siket (lalalalala) dan muka pon banyak cela daripada dulu yang licin bersih (acecece)..... tapi tidak semestinya aku harus sentiasa menyebut dan merungut sehari 25 jam.. itu tidak bersyukur namanya.. masyaAllah.. what have i become?? sedangkan aku taw.. aku tidak seterok itu.. tak cukup dengan itu.. aku mula menanamkan perasaan jeles.. bila tengok perempuan cantik.. dems.. trase macam tetibe"eleh.. (padahal jeles).. yucksss" dan apabila aku tengok perempuan itu berpakaian menarik.. terus aku terdorong untuk menjadi seperti itu.. walaupun aku pernah suatu ketika dulu.. seperti itu.. mungkin masih..

kemudian aku terfikir.. untuk apa? untuk apa aku berpakaian menarik dan cantik? dimana niat aku? hati aku keras berkata itu untuk kepuasan hati.. untuk nampak menarik itu lumrah.. tapi disudut hati yang lain berkata.. mungkin aku ingin dipuja.. dipuji.. dan dilihat sebagai seorang yang cantik dan menarik.. jika itu sebenarnya niat aku.. itu salah! aku mula berperang dengan diri sendiri. tapi untuk apa? percanggahan personaliti.. itu aku.. aku sentiasa ingin jadi itu.. dan ini...



No comments:

Post a Comment