Sunday 19 February 2012

Home is the father's kingdom, the mom's world and the child's paradise

Ah! There is nothing like staying at home, for real comfort.


Rasa macam best giler sebab baru lepas balik kampung untuk dua hari.. heehee. Memang dah jadi rutin aku akan balik kampung dua minggu sekali.

Ramai yang tanya.. kenapa aku suka balik kampung? Apa yang ada dekat kampung? Jawapannya senang dan cukup simple. Kampung aku ada samting yang memang tak kan ada kat tempat lain.. Kampung akau ada family aku. ada mami ngan papa aku. My Love.. My soul..

Aku orang kelate yang jarak kalau dari bangi ni lebih kurang 5 jam. Tapi bagi aku 5 jam tu kejap je sebab abang aku yang selalu bawa kete. aku tumpang tido je. Sedar..sedar.. "eh.. da sampai klate?" hehe..
betape kerap aku balik kampung.. sampai orang cakap kampung aku tu macam ada kat serdang.  bangi-serdang..dekat kan?

oh mai.. baru je berape jam ada kat bangi.. da rindu kampung lagi... atau rumah mungkin... kalau ada rezeki nak keje kat sana jer.. x mo keje sini. lau boleh nak dop dekat ngan pemili.. sob-sob


rindu kucim sekali.. kucim tak nak ikot balik bangi??



  • Home is the place where we grumble the most and are loved the best.
  • Home is not where you live but where they understand you. (Christian Morgenstern)
  • Home is a starting place of love and dreams.




Monday 13 February 2012

I am absolutely blessed and I'm very grateful for where I am today ~ Geri Halliwell

Hari ni rasa bersyukur sangat sebab tak putus-putus dapat berita gembira.. Hari ni result untuk semester pertama lepas aku amik master kuar dan alhamdulillah aku dapat result yang almost perfect. Tak boleh nak kata perfect sebab atas dunia ni non is perfect and perkara yang paling buat aku gembira ialah aku dapat buat someone yang paling aku sayang tersenyum.. She is my dearest mom who is everything to me!

Syukur alhamdulillah.. hmm... kadang-kadang rasa tak layak. Yes! Sangat tak layak sebab aku tahu usaha aku setakat mana. Kerja aku just tido, tido and tido. Selain makan, tengok movie dan main angry birds. Bab membaca adalah sangat kurang! Ye.. aku sangat malas study! Tapi syukur walaupun aku macam ni, Dia masih bagi aku peluang untuk berjaya. 

Kalau aku ingat balik zaman-zaman sekolah dulu.. ye.. aku masih ingat dan tak kan pernah lupa. Aku di sebuah sekolah. Antara best student mungkin.. Aaah.. best student kah aku time tu kalau matapelajaran kritikal macam add math, fizik dan kimia hampir mencapai dakwat pen merah?? Tapi masih aku dimasukkan dalam golongan best student. *tiada kebanggaan ketika itu. dan aku masih.. sentiasa bermalas-malasan.. buku teks? tak pernah aku khatam. buku rujukan? tiada remuknya.. ye! aku sangat malas! dan aku seorang yang bongkak, sombong
 dan sebagainya. Aku sering bagi alasan (penat) bila sampai masa nak study. huh! dan SPM itu.. akan sentiasa aku ingat.. diwaktu peperiksaan percubaan.. mungkin aku struggle sikit dari masa-masa lain.. boleh dikira aku dapat top 5 dalam sekolah.. walaupun hanya mengutip beberapa A.. DAN manusia yang bernama aku ini mula merasa selesa atau sombong sebenarnya.. Di kala orang bertungkus lumus memerah otak untuk study. aku? tido mungkin. Entah mengapa perasaan mahu study itu berada pada tahap negatif infiniti. Aku utarakan pada mak tentang perasaan itu. Sedikit nasihat yang diberikan hanya bagai satu angin yang lalu.. Ketika orang bertungkus lumus belaja.. aku tido.. time orang tido baru aku terhegeh-hegeh nak buka buku. huh! Tak de langsung sifat berdaya saing.. bagi aku time tuh.. time orang blaja aku sangat tak boleh blaja.. rasa macam sikap aku time tuh sangat whatever. then.. bila keluar result.. Die saja yang tau. Betapa aku kecewa.. tidak! aku tak kecewa kerana aku tau sejauh mana usaha aku. tapi aku da kecewakan orang yang amat aku sayang... Mami ngan Papa aku. Time tu aku menyesal. Tak de apa yang aku boleh buat.

Tapi.. sungguh.. Dia masih sayangkan aku. bersama kezen-kezen aku yang lain.. yang resultnye jauh lebih tinggi.. aku dapat tawaran ke matrikulasi yang sama. walaupun result aku sebenarnye tak layak pon masuk matriks. Tapi alhamdulillah. Dia dah aturkan semuanya. Dan kat situ.. aku mula bertekad untuk berusaha yang seingat aku itulah satu-satunya setahun yang aku berusaha tanpa henti. Aku mula menjadi seorang Atiqah Mardziah yang boleh aku banggakan. Dan alhamdulillah aku dapat result yang baik. Result yang gembirakan hati kedua ibu-bapa aku.


Then.. bila masuk universiti.. aku kembali menjadi Atiqah yang dulu. Atiqah yang malas. Atiqah yang annoying. Then, sekali lagi Dia bagi aku peluang untuk aku dapat result yang boleh dikira ok. Then... perkara yang sama berulang. Aku jatuh dan aku bangun. Jatuh dan aku bangun.. tanpa aku betul-betul sedar bahawasanya aku sedang diuji. Aku tak pernah bersyukur mungkin.

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings

Hinggalah hari ini, aku masih macam dulu.. Setahun yang aku banggakan dulu.. tak ada lagi. Aku masih buat kerja sambil lewa. Aku seringkali berangan tentang perkara-perkara yang tak penting.. tiba-tiba aku rasa takut.. takut kalau aku jatuh lagi. dan kecewakan orang yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap aku. Aku harap lepas apa yang aku dapat hari ini.. aku tak lagi jadi Atiqah yang dulu. Amin..

Ya Allah.. aku bersyukur kepada-Mu di atas kurniaan-Mu. Di atas setiap peluang yang telah Kau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau maha menyayangi.

Sunday 12 February 2012

Oh Mummy! Saya mahu kahwin!

Sejak semalam aku rase sangat gedik nak kahwin. Bukan sebab nak kahwin tapi sebab nak pakai cantik-cantik, pastu dapat feeling2 princess kejap.. lalalala (simptom lepas tengok gambar orang kahwin)...hmm.. best ke kahwin??


Untuk kahwin yang betul-betul kahwin op kos la aku rasa aku sangat tak ready lagi. Sebab aku kan sangat malas. Kemas rumah pon malas.. Masak walaupun rajin sikit tapi aku tak brape nak reti. Masakan aku adalah sangat euwww... yang kadang-kadang aku paksa-paksa je telan.. hmm.. annoying!! disebabkan aku masih tak de ciri-ciri nak jadi bini orang so aku tak leyh la nak kahwin lagi. Lagipon aku still blaja.. ongkos untuk blanje kahwin mana mau carik?? x kn nak pinjam ngan mak ayah kot.. wuwuwuuw.... yang tuh x pe lagi.. lepas kawen?? haishh.. banyak nak kena pikir..

Tapi memandangkan aku ni suka berangan.. jadi aku berangan je la.. Majlis kahwin aku nanti aku tak nak la wat meriah-meriah sangat. cukuplah simple tapi elegan. kalau akad nikah pon dah cukup.. macam segan nak bersanding atas pelangin sebab Mr. R suka buat muka annoying. Aku tak pe la.. aku kan foto genik..lalalala

Pas2 tema kahwin aku macam nak buat ala arab. Walaupun muka aku bulat dan hidung aku rata.. aku tetap nak wat ala-ala arab gak.. x pedulik...x pedulik...disebabkan Mr. R berkeras nak ada pelamin gak. So.. aku terpaksa la buat pelamin. Pelamin tuh pun aku nak simple je.. Tak nak dop atas kerusi.. Nak yang duduk bersila je.. Eh.. kan arab.. Haruslah macam tuhh.




Make up lak aku nak simple-simple je.. yang boley buat muka aku nampak macam natural jer tapi cun giler. kire macam tukar beast jadi beauty. Salah satu sebab aku tak nak kahwin lagi sebab muka aku sekarang adalah sangat rasa macam nak pengsan dan badan aku ala-ala macam nak kena g London weight management dulu. Jadi, selagi muka aku tak jadi cun.. aku ta nak kahwin..hee.. *kejam*



Kaler plak maybe aku nak wat kaler putih/gold/silver/dark purple... tuh je kaler yang aku berminat.. Kalau Mr. R nak sanding juga aku rasa 2 persalinan baju pon da cukup penat.. satu baju biasa.. dan satu lagi gown.. boleh??




Door gift lak kalau cukup bajet aku nak bagi yang elegan-elegan sikit. Baru rasa macam best walaupun lepas bagi kat orang kadang-kadang orang tuh lupa letak kat mana seminggu kemudian.. dibuang mungkin?



Untuk hantaran.. 5 berbalas tujuh atau 7 berbalas 9 pon ok je. Barang tak mahal pon tak pe.. Janji benda tuh aku guna. Mas kahwin? Bagi lah sekadar yang termampu dan yang layak untuk aku. Bukan untuk tahap pelajaran aku. Sebab aku tak jaga laki dengan tahap pelajaran pon...

eh.. bnyaknye benda nak kena pikir kalau nak kahwin. Bajet kahwin berape ye? Saya nak kumpul start sekarang neyh.

p/s : cuba nak halang nafsu shopping untuk bulan-bulan depan. Kan nak kumpul duit kahwin. : P

*Gambar ni bukan saya punye.. saya google je buat inspirasi!



Thursday 9 February 2012

Saya tak Kisah!



OK JE!............SAYA TAK KISAH!...........BOLEH JE!.......EMM..OK!.....

Itu lah antara ayat yang aku selalu sebut kalau ada someone cakap dengan aku, bagi cadangan atau mengajak aku lakukan something yakni seperti jalan-jalan, shopping dan makan! Memang dah tabiat aku mungkin. Jarang sungguh aku cakap TAK! Kadang-kadang ok lah. kadang-kadang memudaratkan diri aku sendiri. Kadang-kadang aku jadi tersepit dengan keadaan.

Contoh 1:

Kawan 1 ajak aku keluar. Dan semestinya aku cakap ya! Then.. kawan 2 plak kol ajak aku makan? Teragak-agak aku akan tetap cakap ya. Solutionnye aku akan menghadiri kedua-duanya. Kadang-kadang ngan dua-dua kawan pon aku makan. Kadang-kadang aku simpan perut aku untuk makan dengan kawan 1 ketika aku keluar dengan kawan 2. Ada faham??

Contoh 2:

Aku tengah kurang cash ataupun dalam usaha sedang berjimat cermat. Tiba-tiba sorang kawan baik ajak aku kuar shopping!. Ye.. dan semestinya aku tak kan pernah tolak! Aku akan cuba untuk turut TERshopping. Tapi semestinya aku akan makan. Kebetulan plak kawan aku ajak makan tempat BAEK punye. Yang mana harganya per kepala adalah 20 ke atas. Eh.. mahal la tuh bagi aku. Tapi aku ikut jer sebab aku tak reti bagi cadangan kat orang ikut kepala aku. Then, mestilah free2 je duit aku mengalir keluar. BERJIMAT? tiada lagi.

eh.. banyak lah lagi contoh. Pinjam duit? Minta tolong wat kerja? Kebanyakannya aku akan kata ya selagi aku mampu. Tapi kadang-kadang memudaratkan. Tapi series aku ikhlas dan aku tak kisah. Macam dua contoh kat atas. ye! aku selalu buat dan tu dah jadi tabiat aku. Dah terbiase n tak de feel2 pon. Cuma sekarang baru aku perasan bahawasanya aku selalu sangat berkata YA! Tu pon sebab rumate aku, Prof dan kawan aku selalu tegur. Kemudian baru perasan. Oh! ye la! Aku tak pernah cakap tak! Kadang-kadang sampai tak fikir tentang diri sendiri. Agaknye bila dah kahwin, laki nak kahwin ngan pompuan lain pon boleh je ye? Oh mai! 
Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings

Sunday 5 February 2012

The way to love anything is to realize that it might be lost.

Dua hari kebelakangan ini bukan hari yang baik untuk aku. Yet, I'm not in a very good mood. I have feel so stressed out about everything. But thanx to Allah.. Dia dah berikan saya ketenangan dan alhamdulillah saya masih boleh tersenyum dan hati saya masih rasa tenang

Problem always come and go dan saya redha dengan apa yang ada. Dua hari lepas tanpa sedar henpon saya dah hilang. Seriously memang saya tak sedar pon sebab saya bukan jenis orang yang obses dengan henpon. Malam tuh kuar kejap g print nota untuk mengajar tuisyen. Pastu g kedai jap makan. Then terus balik n masuk dalam bilik tak kuar-kuar dah. Bila nak tidur perasan fon tak de dalam handbag. Macam hape ntah mencari-cari. siap menyelinap bawah bantal rumate lagi. haishhhh.. Rasa tak sedap hati bila wat miskol terus masuk voice msg. Tapi sedapkan hati jer n pura-pura boleyh tido. (padahal memang nyenyak ponn)

Bangun pagi tuh mulakan balik operasi cari fon tapi tetap tak jumpa-jumpa gak. Time tu macam dah redha siket tapi tetap gak g ke kedai yang singgah semalam. Bila betul-betul dah tak de barulah cuba untuk terima kenyataan.

bulan ni dah la bulan paling sengkek.. duit yuran lagi.. dua hari tak de fon rasa macam betul-betul terputus dengan dunia luar. nak kol mak kat kampung pon susah. hee.. tetibe je rase nak kol mak.. biase susah je nak kol... eh.. dah la pesbook tak de. pikir balik tentang no kawan-kawan lama. oh mai!!

kepada henpon : maaf tak jaga awak baik-baik. Saya memang suka tinggalkan awak merata-rata. tapi saya sayang awak walaupun awak tak secanggih blackberry dan iphone. walaupun awak hanya sebuah henpon biase, saya suka awak sebab kamera awak buat saya nampak comel ketika saya betol-betol hodoh. i'll miss u.

p/s : kepada sape-sape yang tolong simpankan jaga die elok-elok.. sob2..



Thursday 2 February 2012

Mengapa perlu ada diskriminasi

Diskriminasi menjatuhkan aku 
Reputasi kini menjadi bisu 
Dan aku 
Kulayu 
Ohh 
Di situ mengharapkan sesuatu yang baru 
Itulah impian aku 
lalalala..

Seperti yang semua orang sudah sedia maklum, aku sekarang adalah seorang yang sangat loser. Tak lain tak bukan sebab masalah kegemukan yang semakin berkembang dan juga masalah muka yang semakin menggerutu. Aku pun dah mula buntu nak buat macam mana sebab memang aku dah putus asa dan redha. Acece.. ayat macam dah berusaha wat sumting padahal tak pom.. Aishhh



Harini aku nak cakap pasal samting yang disebut diskriminasi. Diskriminasi yang terjadi disebabkan pemikiran cetek sesetengah orang. Lalalalala

Kalau sebut pasal 'cantik'. Apa definisinya? Rata-rata semua orang akan menjawab seorang yang cantik biasanya putih, hidung mancung dan terletak, muka mesti smooth dan gebu, badan mesti slim, bentuk muka mesti bujur sirih, dan mata selalunya akan bulat. Secara amnya, begitulah definisi cantik dimata semua orang. memandangkan aku tak memiliki satu pun ciri-ciri ni so aku sangat membantah keras definisi seumpama ni! Sebab definisi ni tak de dalam kamus dewan pon. Tapi why? why? dan why? Semua orang akan cakap seorang perempuan itu cantik hanya kerana semata-mata kulitnya putih, licin dan gebu serta ada hidung yang mancung. Tidakkah anda semua perasan bahawasanya disitu berlaku sedikit diskriminasi terhadap manusia yang memiliki kulit yang sedikit gelap dan juga kusam. eh? teremosi plak i. Sebenarnya harus emosi sebab aku terasa sedikit jatuh dek kerana diskriminasi seperti ini.



Maka sebab diskriminasi seperti ni keluarlah segala jenis produk kecantikan. Eh.. tengok, nama pon produk kecantikan. Maka produk kecantikan biasanya untuk apa? mestilah untuk mencerahkan, untuk melicinkan dan mengkuruskan seseorang. Tidakkah disitu sudah jelas lagi bersuluh tentang diskriminasi terhadap definisi kecantikan itu sendiri?? oh mai! Mangsanya tentulah orang yang rasa dirinya kurang cantik berbanding orang lain yang mana si polan tersebut hanya mungkin memiliki satu atau dua ciri-ciri tersebut. Maka si polan akan mencuba segala jenis produk untuk merasa dirinya seperfect orang lain. Duit berhabis, tapi hasilnya ntah ke mana.. (akulah tu)

So? kenapa harus ada diskriminasi? Sebab Dia mencipta hambanya sebagai seorang yang sempurna. Cantik itu subjektif. Tak perlu didefinisikan. Cantik rupa tak cantik perangai pon tak guna! Better cantik perangai dari rupa. Kalau nak perfect cantikkanlah kedua-duanya. Tapi kalau dah cantik akhlak no one akan tengok anda sebagai tak cantik. 

end of entry...daa



p/s: entry ni just untuk sedapkan hati sendiri. tengok sini lagi best