Thursday 19 January 2012

Kerja itu Penat


Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam aku penat gila. Badan da selalu letih-letih. Dalam usia remaja aku da mula rasa sakit-sakit pinggang. Oh mai.. Teruk Betul

Sekarang ni terpaksa kumpul duit sebab nak biaya aku punya yuran pengajian dan kos sara hidup yang depan-depan. Kalau ada laki kaya kan best. Tak payah penat-penat pikir. hehe

Masa first aku masuk Master dulu aku terpikir nak minta PTPTN jer.. Alhamdulillah.. aku dapat offer jadi Research Assistant sambil buat Master by research. Dapat la gaji bulan-bulan. Slow-slow kena kumpul duit untuk tahun depan sebab kontrak dia setahun jer. Tapi tetap syukur.

Sebab aku kuat shopping dan suka beli barang tanpa dirancang kadang-kadang duit tu terguna juga. Eh.. Terpaksala guna nanti aku kelaparan.. Aku ni dah la makan banyak..heeee

So, aku buat kerja sambilan. Tiap-tiap minggu aku jadi cikgu tuisyen kat umah orang. Kira macam buat home tuition la. Aku ajar subjek Fizik dan Add Math. Kire ok la.. dapat la juga tampung duit yang aku habiskan. 

Tapi kadang-kadang terasa penat sebab aku rasa macam hidup aku tak de cuti. Tapi aku tetap suke mengajar. Ahhh.. Pening la. Tapi series.. kerja tu penat. Pagi-pagi aku g keje kol 7.30 pastu aku balik pon da dekat pukul 7 juga. Kadang-kadang balik aku buat kerja rumah sikit. Sebab konon-konon aku rajin. Padahal aku terpaksa practice sebab nanti da kahwin aku kena buat semua tu juga. Tapi aku tak kisah sebab aku suka. 

Hujung minggu aku mengajar tuisyen. Tapi penat juga sebab weekdays aku da keje. Sekarang dah tak ada masa nak bangun-bangun lambat macam dulu. 

Minggu ni aku sangat-sangat penat sebab aku da terpaksa rajinkan diri g swimming. Tambah-tambah pula aku da kurangkan aku nyer pola pemakanan. Aku pun dah elakkan guna lif sebab aku nak cuba naik tangga walaupun aku tau naik tangga tu buatkan aku semput. Lagi-lagi minggu ni kelas tuisyen aku buat malam sebab nak ganti yang aku bakal cuti nanti. So, balik ngajar tuisyen je aku terus tido. Penat.. penat,,penat.. Tapi tak pe. Aku hepi.. Sebab at least cita-cita aku tercapai.

Papa... baru qah tau keje tu penat. Thanx sebab penat-penat keje untuk sara kita sekeluarga... sobsob

Wednesday 18 January 2012

Rumah aku Nanti Mesti ada Swimming Pool

Petang tadi aku gi berendam kat swimming pool UKM. Walaupun aku kurang pandai berenang tapi aku pegi gak sebab aku kn nk kurus.. Dalam tips kurus ada die cakap kena g swimming so aku pegi je la...lalala.

Yela, bukan ape.. aku ni da tua. Nak lari pon tak larat, naik tangga pon sama. Senaman berat apatah lagi. Swimming jela yang aku mampu. Lagipon Swimming best sebab time kau baring atas air tuh kau hanya boleh nampak langit je. Time tuh rasa tenang.. kosong. Rasa macam dop dekat kayangan. Eh? Macam la aku penah pegi kayangan.

So, aku putuskan rumah aku nanti mesti ada swimming pool. Sebab nanti aku bajet aku jadi orang kaya dan swimming pool tuh adalah perabot mampu milik aku. Yela aku kan kaya. Mestila boleh? (berangan jela)


dalam swimming pool tuh mesti ada tempat makan-makan. kira sambil berenang boleh makan-makan sambil minum jus limau. Sesuai untuk orang diet macam aku. Macam dalam gambar ni pon boleh. Ala-ala hawaiii lagi aku suka.


kan? tenang sungguh swimming pool. air biru je.. perghh.. beh ah g swimming. aku tak berani sangat berenang kat laut sebab aku ni mudah lost.


swimming pool umah aku nanti macam ni pon boleyy juga.


impian aku.. macam ni pon da cukup syulur dh. dalam umah. ada privacy cket. tapi kurengnye tak leyh tengo awan.wuhuhuuhuuuuuuuuuuu......

kalaulah aku kaya... (manusia memang suka hidup dengan kalau).. annoying!





Monday 16 January 2012

Wayang Platinum 40 Ringgit

arini aku nak cerita sal kejakunan aku. Few weeks  yang lepas.. dekat-dekat tahun baru rasenye.. membe aku ajak g tengok wayang dekat the curve. The Curve tu aku tak penah pegi pon sepanjang 4 tahun aku kat sini. Biasala aku kan jakun. Dop UKM tu bukan aku kuar sangat pon. Kenderaan aku pon train je.. So kalau the curve ke OU ke.. mampu dengar je la.


Time tuh kawan aku cakap die nak g tengok wayang Platinum. Platinum pon aku tak tau ape sebenarnye.. So, aku iye kan saje. Tapi bile die cakap wayang tu 40 ringgit, mau telan air liur gak aku dibuatnyer. Yela, aku kan student. Kedekut ag.. mau pikir 40 kali baru pegi. Memandangkan time tu aku tido umah die, aku terpaksa ikut sajela.. Eh? Terpaksa ke??





Asyik amek gambar dengan movie pass.. Terserlah kejakunan..


Eh.. ada komputer n intenet ag keyh.. Tapi aku tak guna pon sebab aku malas



Amek gambar lagi best :P

Tapi bila aku pegi aku rase tak nak balik. Sebab kerusi die sedap gilerr... n before masuk wayang tuh ko boleh lepak2.. kau boleh request selimut lagi. kire macam satu suites untuk kau. Dalam tuh ada komputer berserta intenet ag.. Aku rasa macam tak nak tengok wayang tapi nak tido je..

Gambar boleh amek banyak tapi aku segan sebab orang nampak aku macam jakun sangat. So, aku belagak macam orang kaya yang datang situ tiap-tiap hari dan tak heran pon dengan keVIPan kat situ.

Jadi aku bekalkan je dengan gambar yang aku curi kat google. Kalau rasa terlebih duit nak tengok wayang bolehlah pergi ye. Aku? Maybe taun depan je g lagi..hehe





Serius: Aku on diet

Menu diet pagi ini (ehem) :

nasi lemak + dutch lady chocolate + air mineral (minum sikit je sbb tgh diet) + cadbury fingers + chipsmore kacang hazel + n sedikit kacang

nak diet? sila ikut macam saya....lalalala

p/s : terpikir nak makan mcd untu menu tghari ni..hehe

and it hurts me again

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings


My knees start to shake,
When you’re in sight.
My mind is filled with wonder,
My heart with fright.

When will this feeling stop?
When did it start?
How can I listen to my mind,
Without breaking my heart?

I’m so confused.
What should I do?
I can’t think of anything except you.

Should I ignore you,
Or just give it time?
I can’t think straight,
My heart controls my mind.


Confused by : anonymous
from : Scrapbook.com



there is once upon a time i feel like that. Feeling for someone who doesn't deserve it at all.
For the whole time i know him.. he make me confused. he love but doesn't love. he want but doesn't want. he try but doesn't try. but at the time i left him.. he act like he just want me once. and then he hurt me twice..




Sunday 15 January 2012

Harus!!

Semenjak dua menjak ni rase macam kurang keyakinan diri.. Rase macam loser. Nak keluar pon malu sebab selalu rasa orang pandang serong.


Sekarang ni segala kehodohan adalah milik aku. hehe... means.. dulu walaupun x comey tapi still ok lagi. tapi sekarang.. tak tau nak cakap. geleng kepala kat diri sendiri

aku ni memang spesies yang tak reti nak jaga kesihatan plus jaga kecantikan. semua nak main tibai jerkk.. bajet kejelitaan tu kekal so aku macam malas nak jaga. cuci muka pon malas, pakai krim malas, losyen lagi la aku malas. 2 baru bab simple yang kat umah. kalau kat kedai.. memang op kos la aku tak kan pegi. rase macam membazir duit gile2.. barang keperluan pon lagi murah lagi aku suke. kesimpulannya kekedekutan aku berada pada tahap maksima. Kadang-kadang kedekut itu tak bagus okeyh!
Tapi sejak akhir-akhir ni aku macam nak gila cari produk yang sesuai dengan aku punye muka sebab muka aku sekarang aku da tak leyh trime. parut + jerawat tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan. da 2.. gayanya memang tak nak blah dari muka aku. TIDAAAKKSS.. rasa macam nak pengsan tengok diri sendiri dekat cermin. kalu boleh semua cermin yang ada tu aku nak pecahkan. hehe.. gile terok kan. 

kalau jumpa membe-membe yang da lama tak jumpa, mulala

"Tiqah! Kenapa dengan muka kau ni" (dengan nada gila terkejut).. kecik ati ai tau.. hehe.. tak kecik pon sebenarnye sebab aku kn mudah belaja trima kenyataan.

and then tak cukup dengan tu badan aku plak da mula membesar. semua yang jumpa aku tegur aku da makin berisi. pas2 kalau amik gambar je aku rasa macam ada tak kena dengan kamera tu sebab nampak aku macam gemuk gile. eh! i kurus ok!..hee

dua ari lepas kan weekEND. So keje aku haruslah sentiasa berjalan memandangan final exam yang tak berapa final exam tu da abes. So.. aku ngan housemate pegila mines sebab nak men bowling. Masa pegang bola bowling tu membe aku cakap muka aku sama besar dengan bola boling tu. aishh.. kejam kau ye..

then.. masa kitorang jalan-jalan cuci mata kat situ.. aku ngn membe aku lalu la dekat orang yang tengah hulur2kan pamphlet.. then die hulurkan pamphlet tu dekat aku.. bukan dekat membe2 aku yang lain ye.. n.. benda tu ialah London Weight Management. aku terus tolak sebab aku kan kurus.. Tapi.. kenapa? kenapa? kenapa aku je die hulurkan benda tu? *pengsan!

n the same thing jadi masa aku g mid valley the next day. tapi kali ni slim world plak. sebab aku tak nak kecikkan ati die so aku amek je pamphlet tu. Natijahnye.. aku bace benda tu sampai terlanggar sensor yang ada dekat pintu depan jusco. * Shame on me!

So sekarang aku belajar untuk lebih jga kesihatan diri dan juga muka. aku nekad nak diet n tiap2 ari lakukan push up. aku juga nak rajin-tajinkan diri g swimming biar jadi kurus cket. hehe.. (da seminggu nekad tapi tak buat-buat juga).. papepon doakan aku ye.. biat aku bersemangat sikit dan keyakinan diri aku kembali. lalalala



Monday 9 January 2012

Jadi budak kampung. Ape ade hal??

Tajuk ala2 emo je kan. Padahal tak pon. Cuma nak ceritakan sedikit fenomena yang aku nampak dan aku lalui sejak aku dop kat key ell neyh. Aku dop kt key ell tak lama pon. Sejak taun 2008 sampai sekarang.. Before ni aku tak penah kuar dari kampung aku kecuali tahun 2007 aku dop kat sebelah utara. Tapi 2 pon kira dalam kawasan pedalaman gak. So, x de beza pon. Sebab aku bukan g kuar jalan-jalan sangat pon.

Masa aku dop kat key ell neyh aku perasan macam.. errrkk.. jadi orang kampung tu macam memalukan, menjengkelkan.. dan lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya. Macam kalau kau pakai tak up to date.. ala-ala tshirt n jeans yang tak de jenama beli kat pasar malam. Kompom.. ada la suara-suara belakang yang cakap


“ek eleh pompuan  ni kampung giler.”

atau maybe kau pakai baju kurung dengan tudung bawal pin kat depan n ko g jalan-jalan KLCC ke, MID VALLEY ke. Ada la suara dari belakang yang mungkin kau dengar atau kau tak dengar yang akan cakap.

“err.. ni budak kampung dari mana?” atau “first year student agaknye ni. datang dari kampung, tak pandai dress up ag”

mak ai.. sape yang cakap macam ni.. rasa macam da budak town giler ke? ada apa ngan budak bandar? apa hinanya jadi budak kampung? aku tak nampak relevannya kat situ.. bagi aku macam semua sama je. sebab semua datang dari kampung gak. kalaupun dia tak datang dari kampung, keturunan dia pon datang dari kampung gak. sebab memang dunia ni dulu..kampung je ponn.

masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu dengar kawan-kawan aku cite sal g kolumpo.. best. Pas2 belagak satu sekolah sebab die dapat g kolumpo. cikgu pon akan tanya.. sapa yang penah g kolumpo? aku la antara orang yang takkan angkat tangan sebab family aku bukan jenis yang suke bercuti or travel. tapi mind set aku selalu cakap.. kolumpo tak best sebab selalu jem. asap tebal. harharhar. aku tak tau mane aku dapat mind set macam tu. then, memangla aku tak penah becite-cite nak datang kl. becita-cita nak masuk universiti pon x penah. cita-cita aku nk masuk poli je.. sebab poli macam best. eh? ada eh orang macam aku? 2nd cita-cita aku nk UITM tapi nk UITM pedalaman je. UITM Shah Alam tak masuk list sebab die kat bandar. kat sini aku sendiri tak paham kenapa.

So, macam orang selalu cakap.. kita hanya merancang, tuhan je yang menentukan. orang cakap jangan benci sangat nanti sangkut. Macam dedulu aku benci giler kaler pink.. sekarang da tersangkut.. x ley trime..x ley trime.. dan sekarang kat sini la aku. UKM selama  hampir 4 tahun..

Selama kat sini juga la aku dop dengar perbezaan antara budak kampung n budak bandar. dan aku tak penah rasa hina jadi budak kampung.. malah aku bangga. Bagi aku hidup kat kampung tenang. Tak de banyak cite, tak de banyak dugaan. 

dan nasihat aku, lupakan mind set korang yang :
1. pakai baju kurung tu budak kampung
2. budak kampung tu kolot, comot, tak up to date.
3. dah sampai key ell korang harus tunjuk yang korang tu bukan budak kampung.

berbangga lah dengan diri anda.. pedulikan ape orang kata keyh.. chill!



Friday 6 January 2012

Girls.. Please beware!!



post spe-cial untuk kaum perempuan seperti aku. 

Tadi aku g makan malam jap. Time tu muka aku da macam ayam berak kapur sebab perut aku da masuk angin and kepala aku memang sakit gila sejak petang. (saja tulis dan tak de kena mengena k). 

Masa ngah termenung sambil buat muka kesian dekat meja makan ni aku terperasan sumting kat meja depan aku.. sebenarnye tak de la depan sangat tapi aku memang stret boley nampak je apa yang diorang buat. 

meja tu ada sekumpulan laki ngah men pesbook. laptop die ngadap aku so memang aku nampak je apa diorang buat. sambil borak2 ngan kawan aku, aku just perati je diorang tu sebab macam ada bnda yang interesting. masa first time aku tertengok tu aku nampak gambar sorang pompuan yang besar gile tengah buat bibir mungil. then, aku tak tau apa diorang buat ngan gambar tu ok. pastu aku buat-buat tak tau je.. tapi, then aku ternampak lagi gambar pompuan tengah letak muka dia atas lengan. pas2 aku malas da nak tengok sebab aku bukan le suka sangat stalk orang neyh. acece.. mentang-mentangla da deactivate pesbook. 


tu je keadaan yang aku boley huraikan yang aku nampak depan mata aku. means.. itu yang aku nampak depan mata. dekat kedai makan plak tu. maybe la x de diorang buat bnda pelik-pelik. just tengok sambil ngumpat-ngumpat sikit mungkin.. sebab aku nampak diorang tengok sambil beri komen yang membina, (ah! bajet aku dengar ape yang diorang komen sebab aku kan kurang pendengaran).

apa yang aku just nak cakap.. girls.. please.. kita terlalu cantik untuk distalk. so, macam tak perlu untuk kita letak gambar besau-besau sambil buat muka comel kat pesbook. cukupla gambar basic yang orang boleh kenal sape kita. aku cakap sebab dulu, aku pon penah buat. letak gambar sorang-sorang, banyak-banyak, buat muka comel walaupun tak comel lasom.. then, aku pikir.. for what?? macam tak de motif. kat sape pon kita nak tunjuk. macam tak perlu kot kita nak impress orang lain. kawan-kawan kita da cukup knal kita. cantik mana pon kita dalam gambar, kawan kita mesti gak tau tang mana muka kita sebenar. 


and that boys.. diorang tak bersalah. ok! maybe bersalah sikit. sebab aku kan pompuan so aku x leyh nak bekup lai sangat. tapi semua tu atas kita sendiri gak. sape kita untuk marah kalau kita sendiri yang letak gambar-gambar tu semua. kalau kita marah pon tak guna sebab macam la diorang kisah. 

tu gak le salah satu sebab nape aku delete pesbook. walaupun aku da delete sume gambar-gambar aku dan cuma tinggalkan gambar-gambar yang sewaktu dengannya, aku tetap tak tenang. sebab aku rasa orang selalu stalk aku walaupun aku tau aku memang tak distalk dan memang tak de orang nak stalk aku. ah! tak tau la. aku pon da pening. n macam tak yah la bangga lau ada orang nak stalk kita. tak cool la beb!



Wednesday 4 January 2012

Kosong

hmm.. maybe ni pertama kalinya aku letak tajuk untuk post aku. Kosong. ye.. sekosong hati aku.
Jari ter'stuck' je kat keyboard. Aaaahh... aku bukan penulis dan langsung tak berbakat untuk menjadi seorang penulis. Aku tak dilahirkan untuk menulis. Itu salah satu sebab kenapa aku delete blog aku dulu. Sebab tiap-tiap kali aku menulis, aku rasa kosong.


Bercakap tentang kosong.. ye.. hidup aku kosong. Aku suka berkhayal tentang sesuatu yang tak mungkin aku dapat. Aku suka kenang sesuatu yang tak indah walaupun yang indah tu ada di depan mata. Manusia memang tak kenal erti bersyukur. Kosong.. kalau aku berkhayal. aku rasa fikiran aku kosong. Op kos time tu sesapa yang sapa tak kan aku jawab. Sebab aku kosong.. Buatlah apa.. tak kan aku layan

5 tahun lalu...

aku ingat lagi. Dalam bilik komputer.. kosong.. aku terduduk di atas kerusi. Terlalu kecewa bagi aku time tu. Kecewa untuk samting yang sangat stupid. Seorang kawan datang menegur.. tak aku layan. mata aku hanya memandang ke arah satu tempat. fikiran aku kosong. yang aku pandang kerusi tapi apa yang aku nampak hanya satu ruang yang luas. Seorang kawan itu mendorong kerusi aku ke depan.. kerusi-kerusi lain aku langgar. tapi aku tetap tak bergerak. sebab aku kosong..

"She seems like a ordinary girl, nothing looks wrong with her, or so you think. She's really just a empty soul. She has no one to rely on everyone says she's lost touch with reality. But she doesn't know what she's lost, because she's never had anything worth having to lose. So you see she's just a empty soul, her soul is broken, and its break cannot be repaired."

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings