Monday 13 February 2012

I am absolutely blessed and I'm very grateful for where I am today ~ Geri Halliwell

Hari ni rasa bersyukur sangat sebab tak putus-putus dapat berita gembira.. Hari ni result untuk semester pertama lepas aku amik master kuar dan alhamdulillah aku dapat result yang almost perfect. Tak boleh nak kata perfect sebab atas dunia ni non is perfect and perkara yang paling buat aku gembira ialah aku dapat buat someone yang paling aku sayang tersenyum.. She is my dearest mom who is everything to me!

Syukur alhamdulillah.. hmm... kadang-kadang rasa tak layak. Yes! Sangat tak layak sebab aku tahu usaha aku setakat mana. Kerja aku just tido, tido and tido. Selain makan, tengok movie dan main angry birds. Bab membaca adalah sangat kurang! Ye.. aku sangat malas study! Tapi syukur walaupun aku macam ni, Dia masih bagi aku peluang untuk berjaya. 

Kalau aku ingat balik zaman-zaman sekolah dulu.. ye.. aku masih ingat dan tak kan pernah lupa. Aku di sebuah sekolah. Antara best student mungkin.. Aaah.. best student kah aku time tu kalau matapelajaran kritikal macam add math, fizik dan kimia hampir mencapai dakwat pen merah?? Tapi masih aku dimasukkan dalam golongan best student. *tiada kebanggaan ketika itu. dan aku masih.. sentiasa bermalas-malasan.. buku teks? tak pernah aku khatam. buku rujukan? tiada remuknya.. ye! aku sangat malas! dan aku seorang yang bongkak, sombong
 dan sebagainya. Aku sering bagi alasan (penat) bila sampai masa nak study. huh! dan SPM itu.. akan sentiasa aku ingat.. diwaktu peperiksaan percubaan.. mungkin aku struggle sikit dari masa-masa lain.. boleh dikira aku dapat top 5 dalam sekolah.. walaupun hanya mengutip beberapa A.. DAN manusia yang bernama aku ini mula merasa selesa atau sombong sebenarnya.. Di kala orang bertungkus lumus memerah otak untuk study. aku? tido mungkin. Entah mengapa perasaan mahu study itu berada pada tahap negatif infiniti. Aku utarakan pada mak tentang perasaan itu. Sedikit nasihat yang diberikan hanya bagai satu angin yang lalu.. Ketika orang bertungkus lumus belaja.. aku tido.. time orang tido baru aku terhegeh-hegeh nak buka buku. huh! Tak de langsung sifat berdaya saing.. bagi aku time tuh.. time orang blaja aku sangat tak boleh blaja.. rasa macam sikap aku time tuh sangat whatever. then.. bila keluar result.. Die saja yang tau. Betapa aku kecewa.. tidak! aku tak kecewa kerana aku tau sejauh mana usaha aku. tapi aku da kecewakan orang yang amat aku sayang... Mami ngan Papa aku. Time tu aku menyesal. Tak de apa yang aku boleh buat.

Tapi.. sungguh.. Dia masih sayangkan aku. bersama kezen-kezen aku yang lain.. yang resultnye jauh lebih tinggi.. aku dapat tawaran ke matrikulasi yang sama. walaupun result aku sebenarnye tak layak pon masuk matriks. Tapi alhamdulillah. Dia dah aturkan semuanya. Dan kat situ.. aku mula bertekad untuk berusaha yang seingat aku itulah satu-satunya setahun yang aku berusaha tanpa henti. Aku mula menjadi seorang Atiqah Mardziah yang boleh aku banggakan. Dan alhamdulillah aku dapat result yang baik. Result yang gembirakan hati kedua ibu-bapa aku.


Then.. bila masuk universiti.. aku kembali menjadi Atiqah yang dulu. Atiqah yang malas. Atiqah yang annoying. Then, sekali lagi Dia bagi aku peluang untuk aku dapat result yang boleh dikira ok. Then... perkara yang sama berulang. Aku jatuh dan aku bangun. Jatuh dan aku bangun.. tanpa aku betul-betul sedar bahawasanya aku sedang diuji. Aku tak pernah bersyukur mungkin.

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings

Hinggalah hari ini, aku masih macam dulu.. Setahun yang aku banggakan dulu.. tak ada lagi. Aku masih buat kerja sambil lewa. Aku seringkali berangan tentang perkara-perkara yang tak penting.. tiba-tiba aku rasa takut.. takut kalau aku jatuh lagi. dan kecewakan orang yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap aku. Aku harap lepas apa yang aku dapat hari ini.. aku tak lagi jadi Atiqah yang dulu. Amin..

Ya Allah.. aku bersyukur kepada-Mu di atas kurniaan-Mu. Di atas setiap peluang yang telah Kau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau maha menyayangi.

No comments:

Post a Comment