Thursday 2 February 2012

Mengapa perlu ada diskriminasi

Diskriminasi menjatuhkan aku 
Reputasi kini menjadi bisu 
Dan aku 
Kulayu 
Ohh 
Di situ mengharapkan sesuatu yang baru 
Itulah impian aku 
lalalala..

Seperti yang semua orang sudah sedia maklum, aku sekarang adalah seorang yang sangat loser. Tak lain tak bukan sebab masalah kegemukan yang semakin berkembang dan juga masalah muka yang semakin menggerutu. Aku pun dah mula buntu nak buat macam mana sebab memang aku dah putus asa dan redha. Acece.. ayat macam dah berusaha wat sumting padahal tak pom.. Aishhh



Harini aku nak cakap pasal samting yang disebut diskriminasi. Diskriminasi yang terjadi disebabkan pemikiran cetek sesetengah orang. Lalalalala

Kalau sebut pasal 'cantik'. Apa definisinya? Rata-rata semua orang akan menjawab seorang yang cantik biasanya putih, hidung mancung dan terletak, muka mesti smooth dan gebu, badan mesti slim, bentuk muka mesti bujur sirih, dan mata selalunya akan bulat. Secara amnya, begitulah definisi cantik dimata semua orang. memandangkan aku tak memiliki satu pun ciri-ciri ni so aku sangat membantah keras definisi seumpama ni! Sebab definisi ni tak de dalam kamus dewan pon. Tapi why? why? dan why? Semua orang akan cakap seorang perempuan itu cantik hanya kerana semata-mata kulitnya putih, licin dan gebu serta ada hidung yang mancung. Tidakkah anda semua perasan bahawasanya disitu berlaku sedikit diskriminasi terhadap manusia yang memiliki kulit yang sedikit gelap dan juga kusam. eh? teremosi plak i. Sebenarnya harus emosi sebab aku terasa sedikit jatuh dek kerana diskriminasi seperti ini.



Maka sebab diskriminasi seperti ni keluarlah segala jenis produk kecantikan. Eh.. tengok, nama pon produk kecantikan. Maka produk kecantikan biasanya untuk apa? mestilah untuk mencerahkan, untuk melicinkan dan mengkuruskan seseorang. Tidakkah disitu sudah jelas lagi bersuluh tentang diskriminasi terhadap definisi kecantikan itu sendiri?? oh mai! Mangsanya tentulah orang yang rasa dirinya kurang cantik berbanding orang lain yang mana si polan tersebut hanya mungkin memiliki satu atau dua ciri-ciri tersebut. Maka si polan akan mencuba segala jenis produk untuk merasa dirinya seperfect orang lain. Duit berhabis, tapi hasilnya ntah ke mana.. (akulah tu)

So? kenapa harus ada diskriminasi? Sebab Dia mencipta hambanya sebagai seorang yang sempurna. Cantik itu subjektif. Tak perlu didefinisikan. Cantik rupa tak cantik perangai pon tak guna! Better cantik perangai dari rupa. Kalau nak perfect cantikkanlah kedua-duanya. Tapi kalau dah cantik akhlak no one akan tengok anda sebagai tak cantik. 

end of entry...daa



p/s: entry ni just untuk sedapkan hati sendiri. tengok sini lagi best

No comments:

Post a Comment