Sunday 12 August 2012

Sensitif

Dalam dunia ni banyak ada isu sensitif yang pada zahirnya korang tak boleh sentuh secara direct. even dalam negara kita sendiri ada isu sensitif yang tak boleh dibangkitkan. Kenapa isu sensitif? Haruslah kerana apabila isu itu disebut ianya akan membangkitkan kemarahan ramai orang dan boleh buat orang tacing-tacing seterusnya akan menimbulkan pergaduhan. paham??

Secara rasminya di Malaysia punya isu sensitif yang kita pun dah faham and tak perlu lah aku nak sebut-sebutkan sebab semua orang pun belajar masa sekolah dulu. Tapi tahukah anda bahawa disamping itu, kalau dikaji-kaji masih terdapat isu sensitif lain yang timbul secara tidak rasmi? Benda-benda ni macam ramai je yang perasan tapi suka buat-buat tak perasan. Jadi masih ramai dan sangat ramai orang yang suka bangkitkan isu sensitif tidak rasmi ini tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Isu sensitif ni boleh timbul dalam diri individu ataupun kumpulan. Contohnya gemuk.. Gemuk adalah isu sensitif yang tak boleh kita sebut dihadapan individu tersebut. Kalau ada yang tak faham sila fahamkan kenapa. Isu terlalu kurus juga boleh jadi satu isu sensitif. Tidak lupa juga isu gaji kecik dan gaji tinggi. Nampak? Nampak ke tak di mana sensitifnya?

Kalau nak disebut secara kumpulan, terlalu banyak isu sensitif yang wujud. Mentaliti manusia ni boleh dipengaruhi dengan sangat mudah. Jadi ramai manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu sensitif ni dengan mengembargemburkan, mencampuradukkan antara yang benar dan salah, memutarbelitkan dan macam-macam lagi untuk kepentingan sendiri. Terlalu banyak isu sensitif yang diperjuangkan oleh orang tidak bertanggungjawab lantas menimbulkan kemarahan, pergaduhan sesama kita sendiri.. orang yang mengaku diri sebagai Islam. Zaman sekaran ni.. even bola boleh jadi isu sensitif. Belum termasuk isu negeri, negara, politik, agama dan sebagainya..

Elakkan dari bercakap tentang isu sensitif.. kecuali ada kebaikannya. jika setakat ingin cipta kemarahan.. abaikan sahaja. jangan kita jadi api dalam minyak yang sudah sedia tertumpah...


No comments:

Post a Comment