Sunday 12 August 2012

Untuk bakal suamiku

Untuk bakal suamiku..
Walau dimanapun awak berada
Saya nak awak tau
Saya sayang awak

Bakal suamiku,
Saya bukan mahu memilih
Siapalah saya untuk memilih seseorang
Sedangkan saya tau saya tidak sempurna
Malah hanya seorang gadis biasa
yang hanya mahu dibimbimg dan dipimpin

Bakal suamiku
tidak salah kirannya saya mahu berangan
mahu beremosi
kerana saya seorang perempuan
diketahui lembut hatinya

Bakal suamiku
saya mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam solat saya
yang boleh mengejutkan saya waktu pagi
Untuk mengerjakan solat bersama-sama
kerana saya cuma seorang gadis yang tidak begitu kuat

bakal suamiku
indahnya jika kamu boleh mengajar saya mengaji quran
mengenal hukum tajwid dan maknanya
agar saya tidak terus menerus berada dalam kesalahan
kerana saya taw bacaan saya masih belum sempurna

bakal suamiku
saya inginkan seseorang yang boleh menasihatkan saya dikala saya salah
bukan seorang lelaki dayus yang mengikut segala telunjuk saya
tidak.. saya tidak mahu menjadi perempuan seperti itu
biarlah bakal suamiku itu seorang yang cukup tegas untuk saya

bakal suamiku
ketahuilah saya suma seorang gadis
yang sangat tidak sempurna
yang sangat tinggi egonya
yang sering angkuh dan bongkak dengan kehidupannya
yang ingin berubah tapi saya tidak berdaya
yang tidak mampu melawan 9 nafsunya

bakal suamiku
bimbinglah saya
bawalah saya ke jalan yang benar
yang penuh keberkatan
saya mahukan seorang lelaki yang mengajak saya ke tempat agama
bukan tempat hiburan yang terlalu melalaikan
bantulah saya wahai bakal suamiku

No comments:

Post a Comment