Monday 9 January 2012

Jadi budak kampung. Ape ade hal??

Tajuk ala2 emo je kan. Padahal tak pon. Cuma nak ceritakan sedikit fenomena yang aku nampak dan aku lalui sejak aku dop kat key ell neyh. Aku dop kt key ell tak lama pon. Sejak taun 2008 sampai sekarang.. Before ni aku tak penah kuar dari kampung aku kecuali tahun 2007 aku dop kat sebelah utara. Tapi 2 pon kira dalam kawasan pedalaman gak. So, x de beza pon. Sebab aku bukan g kuar jalan-jalan sangat pon.

Masa aku dop kat key ell neyh aku perasan macam.. errrkk.. jadi orang kampung tu macam memalukan, menjengkelkan.. dan lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya. Macam kalau kau pakai tak up to date.. ala-ala tshirt n jeans yang tak de jenama beli kat pasar malam. Kompom.. ada la suara-suara belakang yang cakap


“ek eleh pompuan  ni kampung giler.”

atau maybe kau pakai baju kurung dengan tudung bawal pin kat depan n ko g jalan-jalan KLCC ke, MID VALLEY ke. Ada la suara dari belakang yang mungkin kau dengar atau kau tak dengar yang akan cakap.

“err.. ni budak kampung dari mana?” atau “first year student agaknye ni. datang dari kampung, tak pandai dress up ag”

mak ai.. sape yang cakap macam ni.. rasa macam da budak town giler ke? ada apa ngan budak bandar? apa hinanya jadi budak kampung? aku tak nampak relevannya kat situ.. bagi aku macam semua sama je. sebab semua datang dari kampung gak. kalaupun dia tak datang dari kampung, keturunan dia pon datang dari kampung gak. sebab memang dunia ni dulu..kampung je ponn.

masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu dengar kawan-kawan aku cite sal g kolumpo.. best. Pas2 belagak satu sekolah sebab die dapat g kolumpo. cikgu pon akan tanya.. sapa yang penah g kolumpo? aku la antara orang yang takkan angkat tangan sebab family aku bukan jenis yang suke bercuti or travel. tapi mind set aku selalu cakap.. kolumpo tak best sebab selalu jem. asap tebal. harharhar. aku tak tau mane aku dapat mind set macam tu. then, memangla aku tak penah becite-cite nak datang kl. becita-cita nak masuk universiti pon x penah. cita-cita aku nk masuk poli je.. sebab poli macam best. eh? ada eh orang macam aku? 2nd cita-cita aku nk UITM tapi nk UITM pedalaman je. UITM Shah Alam tak masuk list sebab die kat bandar. kat sini aku sendiri tak paham kenapa.

So, macam orang selalu cakap.. kita hanya merancang, tuhan je yang menentukan. orang cakap jangan benci sangat nanti sangkut. Macam dedulu aku benci giler kaler pink.. sekarang da tersangkut.. x ley trime..x ley trime.. dan sekarang kat sini la aku. UKM selama  hampir 4 tahun..

Selama kat sini juga la aku dop dengar perbezaan antara budak kampung n budak bandar. dan aku tak penah rasa hina jadi budak kampung.. malah aku bangga. Bagi aku hidup kat kampung tenang. Tak de banyak cite, tak de banyak dugaan. 

dan nasihat aku, lupakan mind set korang yang :
1. pakai baju kurung tu budak kampung
2. budak kampung tu kolot, comot, tak up to date.
3. dah sampai key ell korang harus tunjuk yang korang tu bukan budak kampung.

berbangga lah dengan diri anda.. pedulikan ape orang kata keyh.. chill!



No comments:

Post a Comment