Tuesday 22 January 2013

Cerita bola

hari ni gua nak cerita pasal bola
gua da tak tahan da
siries gua tak tahan

gua pon da tak ingat start bila gua minat bola
yang gua ingat zaman kecik2 dulu gua ada tengok bola
time tu sarawak kot yang naik and menang piala malaysia
eh? betul ke?
ntah le.. gua pon x ingat

then.. gua da tak layan bola sangat dah
sampaila satu hari masa world cup gua teman kawan gua tengok bola dekat dewan makan sekolah
tak lupe gua nak cakap bahawasanya kawan gua adalah peminat tegar "zinadine zidane"
ntah berapa album keratan akhbar "zinadine zidane" yang dia simpan
gua tak pernah tengok pompuan minatbola macam dia minat
semua dia tahu
gua kagum
berbalik pada cite
masa gua tengok malam tu gua ngn kawan gua lima orang je pompuan
yang lain semua laki
lagak semua da macam orang gile
siries.. masing2 dop provoke team lawan
tapi tu gua paham sebab tu memang hakikat dalam semua permainan

lepas tu? lepas tu memang gua da tak layan bola langsung da
sampaila gua tetibe rasa nak tengok bola
sebab gua rasa nak tau tentang perkembangan bola negeri gua
negeri "che siti wan kembang"
bukan ape
sebab kadang-kadang gua pon turut terkena tempias dari provoke orang
jadi gua tak paham ape sebenarnye yang di provoke kan tuhh
bila gua da start tengok baru gua tahu and tetibe gua rasa..
eh... macam best juga bola ni
kat situlah semua orang bersatu
kat situlah semua orang bergaduh
unik bagi gua

gua juga cukup tertarik dengan gaya sokongan penyokong negeri kelantan yang mana boleh dikatakan ada kat mane-mane je
tapi gua tengok bola masa nama pasukan kelantan dah berada di kedudukan yang gah
walaupun masih bukan juara tapi boleh dikatakan antara yang terbaik
tak sempat gua rasa keadaan time kejatuhan bola sepak kelantan hingga ke liga FAM
buatkan gua tertanya-tanya seperti ini kah mereka suatu ketika dahulu??
gua salute pada "penyokong tegar" pasukan yang sentiasa menyokong walaupun berada di era kejatuhan sehingga lah bangkit kembali ketika ini
sempat gua rasa perubahan sikap penyokong kelantan ke arah yang lebih baik
yang mana gua rasa pada tahun 2012 lah attitude mereka berada pada tahap terbaik ketika itu
walaupun masih ada yang orang cakap "da tak ley nak buat apo da"
budaya "mekong" ibarat sudah tak de jalan keluarnye..
walaupun hanya 20% jumlahnya tapi sudah cukup untuk memburukkan nama penyokong pasukan kelantan sebanyak 100%

hari ini, ketika ini gua nampak prestasi pasukan semakin merudum
dan hari ini gua nampak stadium tidak lagi dilimpahi penyokong
entah di mana orang-orang yang claim dirinya sebagai "penyokong tegar"
penyokong tegar bagi gua adalah penyokong yang menyokong ketika menang dan kalah
tapi tidaklah menyokong secara membuta tuli
kritik itu pasti
tapi biarlah berhemah
di mana kata-kata semangat?
kenapa lebih banyak kata cacian yang membawa kepada kejatuhan yang gua nampak?
kalau ini lah penyokong tegar.. gua tidak bangga
gua rasa adalah sangat best kalau kat stadium yang penuh tu bergema alunan "gomo kelate gomo" lebih dari alunan cacian kepada pemain
tapi setakat gua dah penah g stadium ni.. hampa
masing-masing lebih suka wat hal sendiri
kata-kata cacian sewaktu game tak perform lagi banyak dari kata-kata semangat
kemonnnnnn..... kata warriors
bangunlah! sedarlah! bagi semangat pada pemain!!
gua yakin kita boleh
gua suka tengok corak permainan kita kat bahagian tengah n pertahanan
kita cuma tumpul bahagian serangan
kalau tak boleh pon.. teruskan sokongan
takkan sikit pon da nak give up
kalau kalah pon sokong ag.. nak kritik2 bagi pasukan membangun boleh!
kritik memusnah tak boleh!

kekeke...ikhlas dari gua yang tak pandai main bola n jarang2 g stadium

p/s: gua pon tak paham kenapa gua tulis benda ni.. lalalalala


No comments:

Post a Comment