Monday 7 January 2013

"Jangan mendahului takdir"

Ayat tu pernah aku dengar. Mungkin selalu. Kenapa?
Sebab kadang-kadang otak aku sewel. aku tak tau ape aku pikir tapi sebenarnye aku dah buat persiapan nak kahwin lameeeeeeeeeeee dah.
Aku kumpul duit sikit-sikit. Aku buat kerja part time. Ada duit sikit aku beli barang nak buat hantaran kahwin nanti-nanti. Bile aku boring tengok barang tu dalam lemari dan tak puas hati dengan barang yang aku beli sebab dah ketinggalan zaman, aku guna la barang tu balik.. hahaha.. gilosssssssss
Yang paling giloss ialah aku dah siap design kad kahwin aku nanti. Walaupun tak tau benda tu akan diguna or tak tapi aku tetap bahagia time buat kad kahwin tu. Mungkin tu je sebab2 or cara yang boleh buat aku bahagia.. kekekeke
Sebab tu orang cakap "Atiqah.. jangan mendahului takdir. Bukan awak tau nanti awak dengan die ke tak. Jodoh tu ketentuan tuhan".. Then aku rasa macam Ok! Fine! Aku tinggalkan nama pihak lelaki kosong dalam kad kahwin tu. Langkah berjaga-jaga orang kata.. hikhik
Then aku masih giat jalankan semua aktiviti haram aku. Haram la kheennn sebab mak ayah n family aku tak tau ape-ape pon. Aku je sibuk sediakan macam-macam. Niat aku baik. Aku kalau boleh kahwin tak nak berhutang ngan bank wat loan bagai. Family aku bukan kaya nak support aku punye majlis. Adik beradik aku ramai .. Kalau support semua orang pokai la papa aku. Jadi aku decide! Aku harus berdiri di atas kaki sendiri. Eh.. memang semua adik beradik aku macam tu ponn.. Family tolong cket2 je.. hee..
Jadi, sebab aku sedar aku ni tak leh nak simpan duit banyak, so aku guna la duit tu.. buat beli hantaran kahwin.
Hari tu masa g Indonesia, aku beli kain untuk buat baju kahwin. Siap untuk pihak lelaki sekali. Memang cukup semua kahwin tu dari veil, baju, baju lelaki n sampin sekali. Tinggal nak jahit je. Nak jahit lak tinggal aku kurus je. Bile la agaknye tu kan? kan? kan?
Setakat ni kira-kira da banyak gak barang aku beli. Aku dah beli kemeja, perfume, sling bag.... Untuk pihak aku pon ada la cket2. Tinggal jam tangan ngan kasut je. Yang lain2 tu dekat kahwin baru boleh beli. LALALALA.. agak2 ada tak orang macam aku??
Sekarang ni ingat nak beli terus barang untuk doorgift tetamu.. Yang nak hias2 pon da buat sikit bajet macam aku nak kahwin tak lame dah... Gilo! Gilo! Gilo!
Dedulu aku je bersungguh-sungguh ngan semua ni. Encik B? die layann je. Kadang-kadang die buat tak tau sebab tak cukup duit katenye. Pon ada la die kumpul barang sesikit bekal untuk majlis nanti.
Aku harap nanti tak de la aku macam nak gile time dekat nak kahwin sebab banyak sangat benda tak siap. Aku lau boleh tak mau menyusahkan orang.. huhuhuhuhu


No comments:

Post a Comment